IzdeenIzdeen

Doa Qunut Witir (15 Malam Terakhir Ramadan)

18 April 2022

Pernahkah anda terfikir mengapa pada 15 malam terakhir Ramadan, imam membaca qunut pada solat witir?

Berdasarkan soalan di atas, terdapat sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Hasan bin Ali RA di dalam Jami’ al-Tirmizi dan juga di dalam Sunan Abi Daud, bahawa Rasulullah SAW telah mengajarnya beberapa perkataan untuk disebut di dalam witir. (Riwayat al-Tirmizi, no. 464)

Di dalam mazhab al-Syafie, disunatkan kepada imam atau orang yang solat bersendirian untuk membaca doa qunut pada rakaat terakhir solat sunat Witir dan ia dibaca pada 15 malam terakhir bulan Ramadhan. [Lihat: al-Muktamad, 1/309]

Doa Qunut

Ini adalah bacaan bagi doa Qunut sebagaimana yang terdapat di dalam Sunan Abi Daud:

اللَّهُمَّ اهْدِنِي فِيمَنْ هَدَيْتَ، وَعَافِنِي فِيمَنْ عَافَيْتَ، وَتَوَلَّنِي فِيمَنْ تَوَلَّيْتَ، وَبَارِكْ لِي فِيمَا أَعْطَيْتَ، وَقِنِي شَرَّ مَا قَضَيْتَ، إِنَّكَ تَقْضِي وَلَا يُقْضَى عَلَيْكَ، وَإِنَّهُ لَا يَذِلُّ مَنْ وَالَيْتَ، وَلَا يَعِزُّ مَنْ عَادَيْتَ، تَبَارَكْتَ رَبَّنَا وَتَعَالَيْتَ

Allahummah-dini fiman hadait, wa ‘afini fiman ‘afait, wa tawallani fiman tawallait, wa barik li fima a‘tait, wa qini syarra ma qadait, innaka taqdi wa la yuqda ‘alaik, wa innahu la yazillu maw walait, wa la ya‘izzu man ‘adait, tabarakta rabbana wa ta‘alait.

Ya Allah Ya Tuhan kami! Kurniakanlah kepadaku petunjuk di kalangan mereka yang mendapat petunjuk-Mu, sihatkan diriku di kalangan mereka yang Engkau berikan kesihatan. Tolonglah daku di kalangan mereka yang mendapat pertolongan-Mu. Berkatilah nikmat yang engkau kurniakan kepadaku. Peliharalah diriku daripada segala keburukan yang Engkau tentukan. Sesungguhnya Engkaulah penentu dan tiada sesiapa yang berkuasa ke atas-Mu. Sesungguhnya tidak akan hina orang yang Engkau muliakan dan tidak akan mulia orang yang Engkau musuhi. Wahai Tuhan kami, Engkaulah yang Maha Suci lagi yang Maha Tinggi.

HR. Tirmizi, no. 464 & Abu Dawud

https://www.youtube.com/watch?v=NFEWlgv_wq0

Wallahua’lam

Artikel Berkaitan