Bacaan Doa Qunut ialah salah satu doa yang kita baca ketika Solat Subuh. Hampir setiap sekolah mengajar doa qunut dalam topik Pendidikan Islam.
Di artikel ini, saya akan kongsi tentang bacaan doa Qunut yang betul, doa qunut untuk sendiri, doa qunut untuk imam dan maksud doa qunut rumi.
Isi Kandungan
Pengertian Doa Qunut
Doa qunut berasal daripada perkataan Qunut yang mempunyai beberapa makna.
Dari segi bahasa maksud qunut adalah bermaksud taat, berdiri lama, diam, tunduk, khusyuk dan doa.
Manakala dari segi istilah, Qunut merupakan doa yang di baca ketika iktidal dalam solat.
Dalil Doa Qunut
Bacaan di dalam qunut ini warid daripada Nabi SAW sebagaimana hadith yang diriwayatkan oleh al-Hasan bin Ali R.anhuma, katanya:
عَلَّمَنِي رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَلِمَاتٍ أَقُولُهُنَّ فِي قُنُوتِ: اللَّهُمَّ اهْدِنِي فِيمَنْ هَدَيْتَ، وَعَافِنِي فِيمَنْ عَافَيْتَ، وَتَوَلَّنِي فِيمَنْ تَوَلَّيْتَ، وَبَارِكْ لِي فِيمَا أَعْطَيْتَ، وَقِنِي شَرَّ مَا قَضَيْتَ، إِنَّكَ تَقْضِي وَلَا يُقْضَى عَلَيْكَ، وَإِنَّهُ لَا يَذِلُّ مَنْ وَالَيْتَ، وَلَا يَعِزُّ مَنْ عَادَيْتَ، تَبَارَكْتَ رَبَّنَا وَتَعَالَيْتَ.
Maksudnya: “Rasulullah SAW mengajarkan kepadaku kalimah-kalimah yang aku baca dalam qunut witir: “Ya Allah, berikan petunjuk kepada ku sebagaimana orang-orang yang telah Kau berikan hidayah. Berikan aku keselamatan sebagaimana orang-orang yang telah Kau berikan keselamatan. Jadikan aku sebagai wali sebagaimana mereka yang telah Kau jadikan wali. Berkati untuk aku apa yang telah Kau berikan kepada ku, selamatkan ku daripada keburukan yang telah Kau takdirkan. Sesungguhnya Kau yang mentakdirkan dan tiada sesiapa mentakdirkan ke atas Mu. Tidak akan dizalimi orang yang Kau jadikan wali. Tiada kekuatan untuk sesiapa yang engkau Musuhi. Tuhan kami, Kau yang penuh keberkatan dan maha tinggi.”[4]
Ini dikira sebagai doa qunut versi pendek:
Allahummahdinii fii man hadaiit, wa ‘aafiinii fii man ‘aafaits, wa tawallanii fii man tawallaits, wa baarik lii fii maa a’thaits, wa qi nii syarra maa qadlaits, fa innaka taqdli wa laa yuqdlaa ‘alaik, wa innahuu laa yadzillu mau waalaits, tabaarakta rabbanaa wa ta’aalaits.
Bila Waktu Baca Doa Qunut
Terdapat tiga jenis Qunut dalam solat iaitu :
- Qunut dalam solat Subuh
- Qunut dalam solat witir Ramadhan
- Qunut Nazilah
Cara baca doa qunut adalah dibaca ketika iktidal pada rakaat kedua.
Hukum Doa Qunut
Doa Qunut tidak termasuk dalam rukun solat.
Imam Syafi’e berpendapat bahawa bacaan doa Qunut dalam solat Subuh merupakan sunat muakkad iaitu sunat yang dituntut. Jika tertinggal atau terlupa untuk membaca doa qunut, seseorang itu disunatkan untuk melakukan sujud sahwi.
Mazhab Maliki pun menganggapnya sunah, dan kebiasaan mereka membaca qunut sebelum rukuk.
Bagi mazhab Hanbali dan Hanafi, berpandangan membaca doa qunut bukanlah hal yang dianjurkan untuk dilakukan pada saat shalat Subuh.
Bacaan Doa Qunut Sendiri
Allahhumma dinii fiiman hadait
Wa’aa finii fiiman ‘aafait
Watawallanii fiiman tawal-laiit
Wabaariklii fiimaa a’thait
Waqinii syarramaa qadhait
Fainnaka taqdhii walaa yuqdha ‘alaik
Wainnahu laayadzilu man walait
Walaa ya’izzu man ‘aadait
Tabaa rakta rabbanaa wata’aalait
Falakalhamdu ‘alaa maaqadhait
Astaghfiruka wa’atuubu ilaik
Wasallallahu ‘ala Sayyidina Muhammadin nabiyyil ummiyyi
Wa’alaa aalihi washahbihi Wasallam
Terjemahan Doa Qunut Bahasa Melayu:
“Ya Allah, berilah aku petunjuk seperti orang-orang yang telah Engkau beri petunjuk. Berilah aku kesehatan seperti orang yang telah Engkau beri kesehatan. Pimpinlah aku bersama-sama orang-orang yang telah Engkau pimpin. Berilah berkah pada segala apa yang telah Engkau pimpin.
Berilah berkah pada segala apa yang telah Engkau berikan kepadaku. Dan peliharalah aku dari kejahatan yang Engkau pastikan. Karena sesungguhnya Engkau-lah yang menentukan dan tidak ada yang menghukum (menentukan) atas Engkau. Sesungguhnya tidaklah akan hina orang-orang yang telah Engkau beri kekuasaan.
Dan tidaklah akan mulia orang yang Engkau musuhi. Maha Berkahlah Engkau dan Maha Luhurlah Engkau. Segala puji bagi-Mu atas yang telah Engkau pastikan. Aku mohon ampun dan tobat kepada Engkau. Semoga Allah memberi rahmat dan salam atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW beserta seluruh keluarganya dan sahabatnya.”
Bacaan Doa Qunut Imam
اللَّهُمَّ اهْدِنَا فِيمَنْ هَدَيت وَعَافِنَا فِيمَنْ عَافَيْتَ
Allahhumma dinaa fiiman hadait, Wa’aa finaa fiiman ‘aafait
وَتَوَلَّنا فِيمَنْ تَوَلَّيت، وَبَارِكْ لَنَا فِيمَا أَعْطَيْتَ
Watawallanaa fiiman tawal-laiit, Wabaariklana fiimaa a’thait
وَقِنَا شَرَّ مَا قَضَيْتَ، إِنَّكَ تَقْضِي وَلَا يُقْضَى عَلَيْكَ
Waqinaa syarramaa qadhait, Fainnaka taqdhii walaa yuqdha ‘alaik
وَإِنَّهُ لَا يَذِلُّ مَنْ وَالَيْتَ وَلَا يَعِزُّ مَنْ عَادَيْتَ
Wainnahu laayadzilu man walait, Walaa ya’izzu man ‘aadait
تَبَارَكْتَ رَبَّنَا وَتَعَالَيْتَ فَلَكَ الْحَمْدُ عَلى مَا قَضَيتَ
Tabaa rakta rabbanaa wata’aalait, Falakalhamdu ‘alaa maaqadhait
وَأَسْتَغْفِرُكَ وَأََتُوبُ إِلَيْكَ
Astaghfiruka wa’atuubu ilaik
وَصلَّى اللهُ عَلىَ سَيًّدًنَا مُحَمَّدٍ النَّبِيِّ الأُمِّيِ
Wasallallahu ‘ala Sayyidina Muhammadin nabiyyil ummiyyi
وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِينَ
Wa’alaa aalihi washahbihi wasallam
Soal Jawab Masalah Doa Qunut
Adakah Sah Solat Subuh Jika Tidak Dibaca Doa Qunut?
Solat subuh sah walaupun tidak dibaca Doa Qunut. Tetapi ini adalah sunnah yang digalakkan dan rugi jika tidak dilakukan.
Bagaimana Jika Tertinggal Doa Qunut?
Mengikut mazhab Syafie, hukumnya sunat Ab’adh, maka disunatkan melakukan Sujud Sahwi di akhir solat sebelum memberi salam.
Jika Saya Tidak Hafal Doa Qunut, Bolehkah Saya Membaca Doa Lain?
Jika masih belum menghafal bacaan doa qunut maka harus seseorang itu membaca doa yang lain yang dia ingat.
Ada ke bacaan lain doa qunut?
Ada, untuk melihat variasi doa qunut, boleh rujuk -> https://maktabahalbakri.com/890-bacaan-qunut-yang-warid/
Kalau imam tidak baca doa qunut, makmum kena buat apa?
Ringkasan Jawapan
Makmum boleh membaca doa qunut walaupun imam tidak membacanya kerana doa qunut tidak disyaratkan bersamaan (muwafaqah) dengan imam, dengan syarat dia sempat untuk mengikuti kembali imam pada sujud pertama atau duduk di antara dua sujud imam.
Namun, jika sekiranya makmum tidak sempat untuk mengikuti kembali imam kecuali pada sujud kedua, maka makmum tidak boleh berbuat demikian kerana dia sudah terlepas dua rukun solat. Oleh yang demikian, apabila makmum tidak membaca doa qunut kerana mengikuti imam yang tidak melakukannya atau selainnya, maka disunatkan baginya untuk sujud sahwi selepas imam memberi salam dan sebelum salamnya.
Penjelasan penuh di artikel mufti wilayah.