Doa Mudah Bersalin Rumi, Tips Ibu Mengandung

Izuan
doa mudah bersalin

Ada ke doa mudah bersalin?

Walaupun tiada dalil khusus tentang doa atau zikir mudah bersalin, namun beberapa doa ini dapat menjadi panduan ibu-ibu mengandung.

Doa Mudah Bersalin Ayatul Qursi (Al-Baqarah Ayat 255)

اللّٰهُ لَاۤ اِلٰهَ اِلَّا هُوَ الۡحَـىُّ الۡقَيُّوۡمُۚ  لَا تَاۡخُذُهٗ سِنَةٌ وَّلَا نَوۡمٌ‌ؕ لَهٗ مَا فِى السَّمٰوٰتِ وَمَا فِى الۡاَرۡضِ‌ؕ مَنۡ ذَا الَّذِىۡ يَشۡفَعُ عِنۡدَهٗۤ اِلَّا بِاِذۡنِهٖ‌ؕ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ اَيۡدِيۡهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۚ وَلَا يُحِيۡطُوۡنَ بِشَىۡءٍ مِّنۡ عِلۡمِهٖۤ اِلَّا بِمَا شَآءَ ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ السَّمٰوٰتِ وَالۡاَرۡضَ‌‌ۚ وَلَا يَـــُٔوۡدُهٗ حِفۡظُهُمَا ‌ۚ وَ هُوَ الۡعَلِىُّ الۡعَظِيۡمُ

Rumi: Allahu laaa ilaaha illaa Huwal Haiyul Qaiyuum; laa taakhuzuhuu sinatunw wa laa nawm; lahuu maa fissamaawaati wa maa fil ard; man zal lazii yashfa’u indahuuu illaa bi-iznih; ya’lamu maa baina aydiihim wa mww khalfahum wa laa yuhiituuna bishai’im min ‘ilmih

Maksudnya: Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya)

Doa Mudah Bersalin Al-A’raf Ayat 54

اِنَّ رَبَّكُمُ اللّٰهُ الَّذِىۡ خَلَقَ السَّمٰوٰتِ وَ الۡاَرۡضَ فِىۡ سِتَّةِ اَيَّامٍ ثُمَّ اسۡتَوٰى عَلَى الۡعَرۡشِ يُغۡشِى الَّيۡلَ النَّهَارَ يَطۡلُبُهٗ حَثِيۡثًا ۙ وَّالشَّمۡسَ وَالۡقَمَرَ وَالنُّجُوۡمَ مُسَخَّرٰتٍۢ بِاَمۡرِهٖ ؕ اَلَا لَـهُ الۡخَـلۡقُ وَالۡاَمۡرُ‌ ؕ تَبٰرَكَ اللّٰهُ رَبُّ الۡعٰلَمِيۡنَ

Rumi: Inna Rabbakkumul laahul lazii khalaqas sammaawaati wal arda fii sittati qiyaamin summmas tawaa ‘alal ‘arshi yughshil lailan nahaara yatlu buhuu hasiisanw washshamsa walqamara wannujuuma musakhkharaatim bi amrih; alaa lahul khalqu wal-amr; tabaarakal laahu

Maksudnya: Sesungguhnya Tuhan-Mu ialah Allah yang telah menjadikan langit dan bumi dalam enam hari, kemudian Dia bersemayam di atas Arasy (singgahsana). Dia menutupi malam dengan siang yang mengikutinya dengan cepat. Dia juga menjadikan matahari, bulan dan bintang yang semuanya ditundukkan perintahNya. Ketahuilah olehmu, Allah yang mempunyai penciptaan dan suruhan. Maha berkat Allah, Tuhan semesta alam.

Doa Mudah Bersalin Doa Nabi Yunus (Surah Al-Anbiya’: Ayat 87)

لَّآ إِلَٰهَ إِلَّآ أَنتَ سُبْحَٰنَكَ إِنِّى كُنتُ مِنَ ٱلظَّٰلِمِينَ

Rumi: La ilaha illa anta subhanaka inni kuntu minaz-zalimin

Maksudnya: Tiada Tuhan melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau (daripada melakukan aniaya, tolongkanlah daku)! Sesungguhnya aku adalah orang-orang yang menganiaya diri sendiri.

Doa Mudah Bersalin Surah Ali ‘Imran Ayat 38

هُنَالِكَ دَعَا زَكَرِيَّا رَبَّهُ ۖ قَالَ رَبِّ هَبْ لِي مِنْ لَدُنْكَ ذُرِّيَّةً طَيِّبَةً ۖ إِنَّكَ سَمِيعُ الدُّعَاءِ

Rumi: Hunaaalika da’aa Zakariyyaa Rabbahuu qoola Rabbi hab lii mil ladunka zurriyyatan taiyibatan innaka samii’ud du’aaa’

Maksudnya: Ya Tuhanku, berikanlah keturunan baik dari sisi Mu, Sesungguhnya Engkau Maha Mendengar doa.

Doa Mudah Bersalin Surah Fatiir Ayat 11

وَاللّٰهُ خَلَقَكُمۡ مِّنۡ تُرَابٍ ثُمَّ مِنۡ نُّطۡفَةٍ ثُمَّ جَعَلَـكُمۡ اَزۡوَاجًا ؕ وَمَا تَحۡمِلُ مِنۡ اُنۡثٰى وَلَا تَضَعُ اِلَّا بِعِلۡمِه ۚ وَمَا يُعَمَّرُ مِنۡ مُّعَمَّرٍ وَّلَا يُنۡقَصُ مِنۡ عُمُرِهٖۤ اِلَّا فِىۡ كِتٰبٍؕ اِنَّ ذٰلِكَ عَلَى اللّٰهِ يَسِيۡرٌ

Rumi: Wallaahu khalaqakum min turaabin summa min nutfatin summa ja’alakum azwaajaa; wa maa tahmilu min unsaa wa laa tada’u illaa bi’ilmih; wa maa yu’ammaru mim mu’ammarinw wa laa yunqasu min ‘umurihiii illaa fii kitaab; inna zaalika ‘alal laahi yasiir

Maksudnya: Dan Allah menciptakan kamu dari tanah kemudian dari air mani, kemudian Dia menjadikan kamu berpasangan (laki-laki dan perempuan). Tidak ada seorang perempuan pun yang mengandung dan melahirkan, melainkan dengan sepengetahuan-Nya. Dan tidak dipanjangkan umur seseorang dan tidak pula dikurangi umurnya, melainkan (sudah ditetapkan) dalam Kitab (Lauh Mahfuzh). Sungguh, yang demikian itu mudah bagi Allah.

Doa Mudah Bersalin Surah Maryam Ayat 26

فَكُلِىۡ وَاشۡرَبِىۡ وَقَرِّىۡ عَيۡنًا‌ ۚ فَاِمَّا تَرَيِنَّ مِنَ الۡبَشَرِ اَحَدًا ۙ فَقُوۡلِىۡۤ اِنِّىۡ نَذَرۡتُ لِلرَّحۡمٰنِ صَوۡمًا فَلَنۡ اُكَلِّمَ الۡيَوۡمَ اِنۡسِيًّا

Rumi: Fakulii washrabii wa qarrii ‘ainaa; fa immaa tarayinnna minal bashari ahadan faquuliii innii nazartu lir Rahmaani sawman falan ukallimal yawma insiyyaa

Maksudnya: Maka makan, minum dan bersenang hatilah engkau. Jika engkau melihat seseorang, maka katakanlah, “Sesungguhnya aku telah bernazar berpuasa untuk Tuhan Yang Maha Pengasih, maka aku tidak akan berbicara dengan siapa pun pada hari ini.

Doa Mudah Bersalin Surah Ar-Ra’d Ayat 8

اَللّٰهُ يَعۡلَمُ مَا تَحۡمِلُ كُلُّ اُنۡثٰى وَمَا تَغِيۡضُ الۡاَرۡحَامُ وَمَا تَزۡدَادُ ‌ؕ وَكُلُّ شَىۡءٍ عِنۡدَهٗ بِمِقۡدَارٍ‏

Rumi: Allaahu ya’lamu maa tahmilu kullu unsaa wa maa taghiidul arhaamu wa maa tazdaad, wa kullu shai’in ‘indahuu bimiqdaar

Maksudnya: Allah mengetahui apa yang dikandung oleh setiap perempuan, apa yang kurang sempurna dan apa yang bertambah dalam rahim. Dan segala sesuatu ada ukuran di sisi-Nya.

Doa Mudah Bersalin Surah An-Nahl Ayat 78

وَاللّٰهُ اَخۡرَجَكُمۡ مِّنۡۢ بُطُوۡنِ اُمَّهٰتِكُمۡ لَا تَعۡلَمُوۡنَ شَيۡـــًٔا ۙ وَّ جَعَلَ لَـكُمُ السَّمۡعَ وَالۡاَبۡصٰرَ وَالۡاَفۡـِٕدَةَ‌ ۙ لَعَلَّكُمۡ تَشۡكُرُوۡنَ

Rumi: Wallaahu akhrajakum mim butuuni ummahaatikum laa ta’lamuuna shai’anw wa ja’ala lakumus sam’a wal absaara wal af’idata la’allakum tashkuruun

Maksudnya: Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibumu dalam keadaan tidak mengetahui sesuatu pun, dan Dia memberimu pendengaran, penglihatan, dan hati nurani, agar kamu bersyukur.

Tips Ibu Mengandung

1. Bersyukur

Pertama sekali panjatkanlah kesyukuran kepada Yang Maha Berkuasa di atas pemberian yang tidak ternilai. Buatlah solat hajat dan rajin-rajinkanlah berdoa semoga dipermudahkan segalanya sepanjang tempoh hamil sehingga selepas kelahiran. Berdoalah juga agar ibu dan bayi dijauhi dari penyakit berbahaya. Semoga proses bersalin kelak juga dipermudahkan. Sentiasalah berzikir agar didengari oleh si kecil di dalam rahim ibu.

Solat berjemaah bersama suami dan berdoa akan kesejahteraan bayi dalam perut.

2. Mengambil makanan tambahan (supplement)

Ibu hamil digalakkan untuk mengambil makanan tambahan yang sesuai untuk ibu hamil. Pihak klinik biasanya akan memberi vitamin seperti folic asid dan obimin untuk pengambilan ibu hamil setiap hari. Namun begitu, ibu hamil juga boleh membeli makanan tambahan yang lain untuk dimakan. Ini adalah kerana kemungkinan pola pemakanan harian ibu hamil tidak mengandungi khasiat yang cukup untuk perkembangan bayi di dalam kandungan. 

3. Berhenti merokok

Hentikan tabiat merokok jika anda seorang perokok. Merokok telah terbukti boleh menyebabkan keguguran dan bayi mati selepas dilahirkan atau mati mengejut. Nikotin yang terdapat di dalam rokok boleh membahayakan nyawa bayi yang dikandung. Amalkan gaya hidup sihat. Carilah hobi yang bermanfaat sebagai melupakan tabiat merokok. Sayangilah bayi di dalam kandungan anda.

Ini bukan untuk isteri sahaja. Suami yang merokok, lebih wajar kalau meninggalkan tabiat buruk ini untuk kesihatan dan keselematan bayi.

4. Checklist Barang Untuk Bawa Ke Hospital

Checklist Barang Ibu Untuk Beg Hospital

  • Baju sejuk
  • Setokin
  • Tudung atau shawl instant
  • Getah rambut
  • Tisu
  • Lampin dewasa atau pad
  • Baju ibu 3 pasang
  • Barut
  • Toiletries

Checklist Barang Bayi Untuk Beg Hospital

  • Bedung
  • Setokin & mittens
  • Baby wipes
  • Tuala baby
  • Toiletries
  • Lampin bayi

Siapkan mental kerana, kehidupan sebagai seorang ibu tidak sama dengan hidup sebelum bergelar ibu. Semoga bermanfaat.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest
Inline Feedbacks
Lihat Komen Sebelum Ini