Bagaimana doa masuk tandas dan keluar tandas?
Panduan ini akan menunjukkan doa masuk tandas dan keluar tandas dengan bantuan ejaan rumi.
Isi Kandungan
Doa Masuk Tandas
اللَّهُمَ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ الْخُبُثِ وَالخَبَائِث
Rumi: Allahumma Inni A’uzubika Minal Khubsi Wal Khobais
Maksud: Ya Allah aku berlindung denganMu daripada syaitan jantan dan syaitan betina
Hadis riwayat al-Bukhari (142) dan Muslim (375)
Doa Keluar Tandas
غُفْرَانَكَ
Rumi: Ghufraanaka
Maksud: “Aku memohon keampunan daripadaMu'”.
Hadis riwayat Abu Dawud (30), al-Tirmizi (7); dinilai sahih oleh al-Albani
Kenapa Perlu Baca Doa Masuk Tandas
Para ulama’ telah menetapkan bahawa antara sebab mengapa dianjurkan kita meminta perlindungan kepada Allah SWT ketika memasuki tandas adalah agar kita terlindung daripada syaitan-syaitan yang mendiami tempat-tempat najis dan tempat terbukanya aurat.
Di dalam hadith daripada Zaid bin Arqam RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda:
إِنَّ هَذِهِ الْحُشُوشَ مُحْتَضَرَةٌ ، فَإِذَا أَتَى أَحَدُكُمْ الْخَلَاءَ فَلْيَقُلْ : أَعُوذُ بِاللَّهِ مِنْ الْخُبُثِ
Maksud: “Sesungguhnya tempat membuang hajat didiami oleh syaitan, jika salah seorang di antara kalian ingin memasuki tandas, maka ucapkanlah: أَعُوذُ بِاللَّهِ مِنْ الْخُبُثِ”.
Riwayat Abu Daud, no. Hadith 5
Adab Ketika Di Tandas
1. Membaca doa sebelum masuk tandas
Doa yang dianjurkan:
“اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ الْخُبُثِ وَالْخَبَائِثِ”
“Allahumma inni a‘udzu bika minal khubutsi wal khaba’its.”
Maksud: “Ya Allah, aku berlindung dengan-Mu daripada syaitan jantan dan syaitan betina.”
2. Masuk dengan kaki kiri
– Masuk tandas dimulai dengan kaki kiri sebagai tanda merendah diri dan mengikuti sunnah.
3. Tidak bercakap dalam tandas
– Elakkan berbual atau menyebut nama Allah semasa berada dalam tandas.
4. Menjaga aurat dan tidak menghadap kiblat
– Tidak menghadap atau membelakangi kiblat semasa membuang hajat.
5. Menggunakan tangan kiri untuk bersuci
– Bersuci (cebok) menggunakan tangan kiri.
6. Tidak membawa masuk barang yang ada nama Allah atau ayat al-Quran
– Hormati kesucian kalimah Allah dan ayat suci al-Quran.
7. Keluar dengan kaki kanan
– Keluar dari tandas dengan kaki kanan sebagai tanda selesai dari tempat yang tidak suci.
8. Membaca doa selepas keluar tandas
Doa selepas keluar:
“غُفْرَانَكَ”
“Ghufranak”
Maksud: “Aku mohon keampunan-Mu.”
Rujukan: