Doa Malam Lailatul Qadar

doa malam lailatul qadar

Apakah doa malam Lailatul Qadar yang kita boleh amalkan?

Dari Aisyah RA, beliau bertanya kepada Nabi SAW:

يَا رَسُولَ اللَّهِ أَرَأَيْتَ إِنْ عَلِمْتُ أَيُّ لَيْلَةٍ لَيْلَةُ القَدْرِ مَا أَقُولُ فِيهَا؟ قَالَ: قُولِي: اللَّهُمَّ إِنَّكَ عُفُوٌّ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي

Maksudnya: Wahai Rasulullah, jika aku menjumpai satu malam merupakan Lailatul Qadar, apa yang harus aku ucapkan di malam itu? Baginda menjawab: Ucapkanlah: Allahumma Innaka ‘Afuwwun Tuhibbul ‘Afwa Fa’fu ‘Annii

(HR. Ahmad 25384, At-Tirmizi 3513, Ibn Majah 3850, An-Nasai dalam Amal Al-yaum wa lailah, dan Al-Baihaqi dalam Syua’bul Iman 3426).

Terdapat banyak kelebihan Lailatul Qadar, antaranya ialah :

Sesungguhnya kami telah menurunkannya (al-Quran) pada malam kemuliaan. Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? Malam kemuliaan itu lebih baik daripada seribu bulan.”Surah al-Qadr: 1-3

Jika dikira dengan betul, sungguh luar biasa kerana malam ini lebih baik dari 1000 bulan iaitu bersamaan dengan 83 tahun. Amalan anda pada malam itu akan diberi ganjaran berlipat ganda.

Semoga kita semua diberi kesempatan untuk berjumpa malam lailatul qadar, In Shaa Allah.

0 Comments
Inline Feedbacks
Lihat Komen Sebelum Ini