Setiap orang pasti pernah merasa gelisah, cemas atau anxiety ketika dalam sesuatu keadaan yang getir. Ini normal kerana manusia merupakan makhluk yang lemah, maka teruslah ingat kepada Allah dan berdoa memohon kekuatan kerana Allah SWT Maha Berkuasa dan pertolongannya meliputi segalanya.
Tengok berita perang di televisyen …. risau
Tengok pasangan suami isteri yang nampak gembira, tetapi cerai …. gelisah
Kos belanja meningkat ……. risau
Ada anak perempuan ….. risau itu ini
Dan macam-macam lagi.
Yang paling penting ketika panik, tarik nafas dalam-dalam dan cuba tenangkan diri, lepas tu baca :
Antara kelebihan doa ini adalah ketika:
1) Bebanan hutang
2) Lemah semangat, gelisah jiwa dan malas
3) Rasa sedih dan takut
4) Tak ada keyakinan diri
5) Selalu ditindas, dipermainkan dan diperlekehkan.
Tapi risau ni kalau tak dikawal lama-lama jadi penyakit anxiety disorder, kena makan ubat dan jumpa psikiatri. Jadi kawal diri, kawal perasaan dan tingkatkan kekuatan jiwa dengan penuhkan dada dengan ilmu. Yakinlah bahawa Allah tidak akan menguji hambanya melebihi batas kemampuan seseorang.
Boleh juga amalkan doa yang diamalkan Nabi Musa ketika gelisah ingin bertemu Firaun.
Wallahua’lam