Cara Solat Jenazah Ghaib Ringkas

Izuan
solat jenazah ghaib

Solat Ghaib untuk apa? Jom belajar sama-sama.

Solat jenazah ghaib bermaksud solat yang dilaksanakan di negeri yang lain yang berada jauh dari negeri asalnya. (Rujuk al-Taqrirat al-Sadidah, hlm. 385) Pensyariatan solat jenazah ghaib ini dapat dilihat berdasarkan kepada hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah R.A:

أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم نَعَى النَّجَاشِيَّ فِي الْيَوْمِ الَّذِي مَاتَ فِيهِ، خَرَجَ إِلَى الْمُصَلَّى، فَصَفَّ بِهِمْ وَكَبَّرَ أَرْبَعًا

Maksudnya: “Sesungguhnya Rasulullah SAW memberitahu akan berita kematian al-Najasyi ketika hari kematiannya. Baginda SAW keluar ke musolla, membuat saf dan bertakbir sebanyak empat kali.

Riwayat al-Bukhari (1245) dan Muslim (951)

Hukum Solat Ghaib

Hukum mengerjakan Solat Jenazah Ghaib adalah sunat.

Ia sunat dilakukan apabila mendengar berita kematian seseorang walaupun masa meninggal dunia sudah berlalu sehingga sebulan.

Syarat Solat Ghaib

Antara syarat solat jenazah ialah:

  1. Solat jenazah ghaib dilakukan di negeri yang berlainan dengan keberadaan mayat.
  2. Solat jenazah ghaib tersebut dilaksanakan setelah dimandikan mayat tersebut. (Rujuk al-Taqrirat al-Sadidah, hlm 385 dan al-Fiqh al-Manhaji, 1/600)

Waktu Solat Jenazah Ghaib

Menurut Ibn Hajar al-Asqalani, solat jenazah ghaib boleh dilakukan bermula dari saat berita kematian dan berlanjutan selama tiga hari. Ini kerana tiga hari itu adalah tempoh bertakziah menurut yang maklum dari kitab-kitab fiqh. Namun pendapat yang muktamad adalah harus solat jenazah ghaib selama mana beliau adalah ahli solat ketika kematian berlaku.

Cara Solat Jenazah Ghaib

Pelaksanaan solat jenazah ghaib adalah sama dengan solat jenazah yang biasa.

Takbir Pertama: Bertakbiratul ihram sambil berniat solat Jenazah. Contoh lafaz niat solat ghaib adalah seperti berikut: “Sahaja aku solat ke atas mayat ini fardhu kerana Allah Taala.”

Setelah bertakbir, letakkan kedua-dua tangan ke dada sebagaimana solat biasa, kemudian bacalah fatihah. Ini berdasarkan kepada hadis yang diriwayatkan oleh Talhah bin Abdullah bin `Auf seperti berikut:

صَلَّيْتُ خَلْفَ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِىَ اللهُ عَنْهُمَا عَلَى جَنَازَةٍ فَقَرَأَ بِفَاتِحَةِ الْكِتَابِ قَالَ لِيَعْلَمُوا أَنَّهَا سُنَّةٌ

Maksudnya“Aku bersolat Jenazah di belakang Ibn Abbas R.A, dia membaca Fatihah. Kemudian katanya: Supaya mereka tahu itulah sunnah.”

Riwayat al-Bukhari (1335)

Takbir Kedua: Setelah selesai membaca al-Fatihah, bertakbir pula kali kedua sambil mengangkat kedua-dua tangan hingga ke cuping telinga, kemudian meletakannya semula ke dada, dan bacalah apa-apa selawat ke atas Nabi SAW. Selawat yang afdhal ialah selawat Ibrahimiyah sebagaimana yang telah disebutkan dalam bab hukum-hukum solat.

Takbir Ketiga: Bertakbir kali ketiga dan diikuti dengan mendoakan mayat. Mendoakan mayat adalah maksud utama solat jenazah.

Demikian juga, sekurang-kurang bacaan doa adalah:

Doa Jenazah Lelaki Ringkas

image 4

  Allahumagfirlahu Warhamhu Wa ‘Aafihi Wagfu ‘Anhu

Ya Allah ampunilah dia dan rahmatilah dia, afiatkan dia dan maafkanlah kesalahannya

Doa Jenazah Perempuan Pendek

image 5

  Allahumagfirlaha Warhamha Wa ‘Aafiha Wagfu ‘Anha

Ya Allah ampunilah dia dan rahmatilah dia, afiatkan dia dan maafkanlah kesalahannya

Doa Jenazah Panjang

  • boleh ganti -hu kepada -ha jika jenazah perempuan. Contoh Allahummagh firlahu –> Allahummagh firlaha.
image 6 1
Doa jenazah lelaki lengkap

Takbir Keempat: Bertakbir kali keempat, kemudian berdoa:

اللَّهُمَّ لاَ تَحْرِمْنَا أَجْرَهُ وَلاَ تَفْتِنَّا وَاغْفِرْ لَنَا وَلَهُ

 Maksudnya: Ya Allah! Janganlah Engkau tahan pahalanya daripada kami dan janganlah timbulkan fitnah kepada kami selepas kematiannya serta ampunilah kami dan dia.

Riwayat Abu Daud (3201)

Akhirnya: Mengucap salam sebanyak dua kali, iaitu ke kanan dan ke kiri sebagaimana salam solat-solat yang lain.

Doa Selepas Solat Jenazah

doa solat jenazah

“Segala puji bagi Allah Tuhan Alam semesta. Selawat dan salam untuk penghulu kami Sayyidina Muhammad Nabi dan Rasul yang paling mulia, juga ke atas para sahabat Baginda sekaliannya. Ya Allah, jadikanlah kuburnya seperti taman daripada taman-taman syurga.

Ya Allah, Engkaulah Tuhannya, Engkau yang menjadikannya, Engkau yang juga memberikannya petunjuk sehingga dia menganut agama Islam. Namun, Engkau juga yang mematikannya, Engkau lebih tahu hal ehwalnya, baik yang tersembunyi mahu pun yang terang.

Ya Allah, kami hadir di sini dengan penuh rasa berharap untuk memohon baginya pertolongan-Mu. Oleh itu, ampunkanlah kami semua dan dirinya dengan ihsan dan rahmatMu, wahai Tuhan Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang.
Selawat dan restu Allah untuk Rasul junjungan kami Nabi Muhammad, juga kepada seluruh keluarga dan sahabat Baginda, semoga sejahtera mereka semuanya. Segala puji hanya untuk Allah Tuhan sekalian alam.

Boleh ke solat jenazah ghaib sendirian? boleh je, tidak semestinya berjemaah.

Wallahua’lam

rujukan : kaifiat solat jenazah mufti wilayah, solat jenazah akuislam

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest
Inline Feedbacks
Lihat Komen Sebelum Ini