Cara Semak Status Hadith Sahih, Hasan, Daif atau Palsu

Izuan

Bagaimana nak tahu status hadith samada ia sahih, hasan, daif atau palsu(maudu’). Jom belajar cara semak hadith dengan mudah.

Sekarang ni banyak hadis-hadis yang berlegar di internet dan yang disampaikan penceramah tidak diketahui statusnya.

Jika ada kemampuan, kita perlu berusaha untuk semak status hadis tu, supaya tidak turut sama menyebarkan hadith yang palsu.

Bahaya menyebarkan hadith palsu:

Nabi SAW bersabda:

مَنْ كَذَبَ عَلَيَّ فَلْيَتَبَوَّأْ مَقْعَدَهُ مِنَ النَّارِ

Maksudnya: “Barangsiapa yang berdusta di atas namaku, maka siaplah tempatnya di dalam neraka.” [Riwayat al-Bukhari (107)]

Jadi untuk elakkan perkara ini, sebelum share artikel berkenaan hadith, check hadis dulu.

Cara mengetahui kesahihan hadis :

Cara Semak Hadis Sahih atau Hadis Palsu

Setiap hadis yang ingin dikongsikan mesti ada perkara-perkara berikut:

  • Perawi pertama hadis, sama ada sahabat Nabi s.a.w atau isteri Nabi s.a.w.
  • Matannya hadis, iaitu petikan hadis.
  • Perawi terakhir yang merekodkan hadis, ada enam Sunan yang terkenal sebagai perekod hadis yang sahih iaitu Sunan Bukhari, Sunan Muslim, Sunan ibnu Majah, Jami’ Tarmizi, Abu Daud, Sunan sughra dari imam an-Nasa’i.
  • Nombor hadis, ini untuk lebih meyakinkan sesuatu hadis itu benar-benar sahih

Ini antara checklist sebelum share hadith. Jika tiada salah satu dari ketiga-tiga atau keempat-empat ni, contohnya dalam artikel… Nabi suruh itu dan ini… Tapi takde hadis yang dinyatakan… Tak payah la sebar.

Kalau nak semak status hadis, boleh try semakhadis.com

image 4
semak hadis.com

Jika ada ilmu bahasa Arab, boleh try guna website yang lebih advance seperti dorar.net

Tulis je matan hadith, nanti keluar result.

Jika dulu kita selalu bertaklid(mengikut je tanpa usul periksa) dengan ilmu yang didengari dari ceramah2, mungkin sudah sampai masa untuk kita upgrade diri kita supaya lebih berjaga-jaga ketika mendengar sesuatu ilmu dan berfikir dengan lebih kritikal. Biasakan semak hadis sebelum sebar.

Jika seseorang individu ada melakukan kesalahan janganlah cepat menghukum, hendaklah kita bersangka baik dan jangan menjatuhkan seseorang itu, kerana tiada orang yang sempurna.

Akhir sekali, boleh juga semak status hadith dengan tanya pada ustaz yang ahli dalam bidang itu. Semoga bermanfaat, insyaAllah.

Wallahua’lam

Subscribe
Notify of
3 Comments
Oldest
Newest
Inline Feedbacks
Lihat Komen Sebelum Ini
2 years ago

[…] Cara Semak Status Hadith Palsu […]

2 years ago

[…] Cara Semak Status Hadith Palsu […]

2 years ago

[…] Cara Semak Status Hadis […]