Ketahui keistimewaan bulan Muharram, amalan sunnah, puasa Asyura & Tasu’a, serta tarikh penting dalam bulan pertama kalendar Islam. Panduan lengkap bulan Muharram untuk umat Islam Malaysia.
Apa Itu Bulan Muharram?
Muharram berasal dari kata “haram” yang berarti “terlarang”. Dinamakan demikian karena pada bulan ini dilarang melakukan peperangan.
Bulan Muharram ialah bulan pertama dalam kalendar Islam (Hijrah). Muharram juga tergolong dalam empat bulan haram yang dimuliakan Allah SWT, bersama Zulkaedah, Zulhijjah dan Rejab. Banyak peristiwa penting dan keistimewaan yang berlaku dalam bulan ini, menjadikan ia antara bulan paling mulia selepas Ramadan.
Keistimewaan & Kelebihan Bulan Muharram
Bulan Muharram memiliki banyak keutamaan, antara lain:
a. Bulan yang Dimuliakan Allah
Allah SWT berfirman:
إِنَّ عِدَّةَ الشُّهُورِ عِنْدَ اللَّهِ اثْنَا عَشَرَ شَهْرًا فِي كِتَابِ اللَّهِ يَوْمَ خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ مِنْهَا أَرْبَعَةٌ حُرُمٌ ۚ ذَٰلِكَ الدِّينُ الْقَيِّمُ ۚ فَلَا تَظْلِمُوا فِيهِنَّ أَنْفُسَكُمْ
“Sesungguhnya bilangan bulan di sisi Allah ialah dua belas bulan, dalam ketetapan Allah di waktu Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan haram.” (QS. At-Taubah: 36)
b. Bulan dengan Puasa Terbaik setelah Ramadhan
Rasulullah SAW bersabda:
“Puasa yang paling utama setelah Ramadhan adalah puasa di bulan Muharram.” (HR. Muslim)
c. Bulan Pengampunan Dosa
Amalan baik di bulan ini dilipatgandakan pahalanya, begitu pula dengan taubat yang diterima.
Rasulullah S.A.W telahpun memberikan penjelasan berkenaan dengan empat bulan haram tersebut dengan sabda baginda:
Maksudnya: Dalam setahun itu ada dua belas bulan dan di antaranya adalah empat bulan haram. Tiga bulan yang berturut-turut iaitu Zulkaedah, Zulhijjah, dan Muharram serta bulan Rejab yang berada di antara Jamadil Akhir dan juga Syaaban.
Riwayat al-Bukhari (184)
Saban tahun umat Islam menyambut 1 Muharram sebagai bulan memperingati hijrah Rasulullah SAW dan perjuangan Baginda yang diselusuri sepanjang kehidupannya sebagai utusan Allah SWT.
Baginda tidak pernah menyerah kalah atau berputus asa dalam usaha dakwah Baginda, walaupun banyak cabaran dan tentangan diberi oleh kaum Quraisy. Hijrah menunjukkan betapa tabah dan kuatnya Rasul kita bertahan demi menyebarkan kebaikan Islam.
Galakan Berpuasa Dalam Bulan Muharram
Di antara amalan soleh yang sangat digalakkan untuk umat Islam lakukan pada bulan Muharram adalah dengan memperbanyakkan berpuasa sunat. Ini dapat dilihat berdasarkan sebuah riwayat daripada Abu Hurairah R.A beliau berkata bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:
أَفْضَلُ الصِّيَامِ بَعْدَ شَهْرِ رَمَضَانَ شَهْرُ اللَّهِ الْمُحَرَّمُ وَإِنَّ أَفْضَلَ الصَّلاَةِ بَعْدَ الْمَفْرُوضَةِ صَلاَةٌ مِنَ اللَّيْلِ
Maksudnya: Seafdhal-afdhal puasa setelah bulan Ramadhan adalah berpuasa pada bulan Allah al-Muharram dan sesungguhnya solat yang paling afdhal setelah solat fardhu adalah solat malam (Qiyamullail).
Riwayat Abu Daud (2429)
Amalan Sunnah di Bulan Muharram
Berikut amalan yang dianjurkan di bulan Muharram:
a. Memperbanyak Puasa Sunnah
- Puasa Asyura (10 Muharram)
- Puasa Tasu’a (9 Muharram)
- Puasa sunnah lainnya
b. Memperbanyak Sedekah
- Memberi makan fakir miskin
- Menyantuni anak yatim
c. Memperbanyak Istighfar dan Taubat
- Memohon ampunan atas dosa-dosa
- Memperbaiki diri
d. Silaturahmi
- Menjalin hubungan baik dengan keluarga dan tetangga
Perbedaan Pandangan Sunni-Syiah tentang Muharram
Aspek | Sunni | Syiah |
---|---|---|
Penekanan | Puasa & syukur | Berkabung untuk Imam Husain |
Amalan | Puasa, sedekah | Prosesi duka (taziyah) |
Tanggal | 1-10 Muharram | Fokus pada 10 Muharram |
Soalan Lazim (FAQ) Bulan Muharram
1. Apa keistimewaan bulan Muharram?
Bulan yang digandakan pahala amal kebaikan, bulan mulia selepas Ramadan, dan penuh peristiwa bersejarah.
2. Bolehkah berpuasa sepanjang bulan Muharram?
Boleh, dan sangat digalakkan memperbanyakkan puasa sunat dalam bulan Muharram.
3. Bila tarikh puasa Asyura & Tasu’a 2025?
Puasa Tasu’a: 7 Julai 2025, Puasa Asyura: 8 Julai 2025 (anggaran).
4. Apa lagi amalan terbaik dalam Muharram?
Bersedekah, berdoa, memperbaiki hubungan keluarga, membantu fakir miskin & anak yatim.
5. Adakah terdapat amalan khusus pada 1 Muharram?
Tiada amalan khusus, namun digalakkan berdoa memohon kebaikan dan memulakan tahun baru dengan azam & amal soleh.
Kesimpulan
Berdasarkan kepada dua hadis di atas, terdapat dua kelebihan bulan Muharram. Ianya seperti berikut:
- Bulan Muharram disebut sebagai bulan Allah yang tidak disebut pada bulan-bulan lain.
- Bulan Muharram adalah bulan paling afdhal untuk berpuasa sunat setelah bulan Ramadhan.
Wallahua’lam
sumber – muftiwp, mais, republika.co
[…] kelebihan Bulan Muharram […]