4 Bulan Haram Dan Kelebihannya

Izuan
bulan haram

Mengikut kalendar Islam, terdapat 12 bulan. Antara 12 bulan itu, terdapat 4 bulan haram.

Apakah yang dimaksudkan dengan bulan Haram dalam Islam?

Jom belajar sama-sama!

Definisi Bulan Haram

Bulan Haram ini terdiri daripada empat bulan di dalam Islam iaitu Zul al-Kaedah, Zul al-Hijjah, Muharram dan Rejab. Hal ini disebut di dalam sebuah hadith yang sahih, yang diriwayatkan oleh Abi Bakrah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

الزمانُ قد استدارَ كهيئتِه يومَ خلقَ اللهُ السماواتِ والأرضَ ، السنةُ اثنا عشر شهرًا ، منها أربعةٌ حُرُمٌ ، ثلاثةٌ مُتوالياتٌ : ذو القَعدةِ وذو الحِجَّةِ والمُحرَّمُ ، ورجبُ مُضر ، الذي بين جُمادى وشعبانَ

Maksudnya: “Waktu berputar sebagaimana keadaannya ketika Allah SWT menciptakan langit dan bumi. Satu tahun terdiri daripada dua belas bulan, daripadanya terdapat empat bulan yang haram (suci) iaitu tiga daripadanya mengikut turutan (Zul al-Kaedah, Zul al-Hijjah dan Muharram) dan yang keempat adalah Rejab terletak antara Jamadi al-Akhir dan Sya’ban”.

[Riwayat al-Bukhari, no. Hadith 4054]

Bulan ini dinamakan bulan yang Haram kerana pada bulan ini diharamkan berperang dan juga ia adalah bulan yang suci, di mana Allah SWT mengharamkan sebarang kezaliman dan setiap kezaliman yang dilakukan dosanya adalah lebih besar berbanding bulan-bulan yang lain.

Kelebihan Bulan Haram

  • Terdapat sebahagian ulama’ mengatakan afdhal melakukan umrah pada bulan Zul al-Kaedah berdasarkan hadith di dalam sahih al-Bukhari dan Muslim bahawa Nabi SAW melaksanakan kesemua umrah baginda SAW di dalam bulan ini.
  • Pada bulan Zul al-Hijjah, umat Islam akan menunaikan rukun Islam yang kelima iaitu ibadat haji yang mana ibadat ini tidak boleh dilakukan di dalam bulan-bulan yang lain.
  • Berpuasa sunat pada 9 Zul al-Hijjah bagi orang yang tidak menunaikan haji.
  • Berpuasa sunat pada 10 Muharram iaitu pada hari Asyura.

Kesimpulan

Bulan Haram adalah bulan di mana Allah SWT akan menggandakan setiap amalan yang kita lakukan dalam bulan-bulan tersebut. Untuk itu, marilah sama-sama kita mempertingkatkan amalan kita seperti solat sunat, puasa sunat, bersedeqah dan lain-lain lagi.

Wallahua’lam

sumber – muftiwp

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest
Inline Feedbacks
Lihat Komen Sebelum Ini