Beza Antara Fakir dan Miskin

Izuan
fakir dan miskin

Apa beza fakir dan miskin? Biasanya orang selalu cakap fakir miskin.

Walaupun dua istilah itu merujuk kepada orang yang tidak berkemampuan, tetapi terdapat sedikit perbezaan.

إِنَّمَا ٱلصَّدَقَـٰتُ لِلْفُقَرَآءِ وَٱلْمَسَـٰكِينِ وَٱلْعَـٰمِلِينَ عَلَيْهَا وَٱلْمُؤَلَّفَةِ قُلُوبُهُمْ وَفِى ٱلرِّقَابِ وَٱلْغَـٰرِمِينَ وَفِى سَبِيلِ ٱللَّهِ وَٱبْنِ ٱلسَّبِيلِ ۖ

Sesungguhnya zakat-zakat itu, hanyalah untuk orang-orang fakir, orang-orang miskin, pengurus-pengurus zakat, para mualaf yang dibujuk hatinya, untuk (memerdekakan) budak, orang-orang yang berutang, untuk jalan Allah, dan orang-orang yang sedang dalam perjalanan.

(Surah at-Taubah : 60)

Terdapat beberapa pendapat:

  • Pendapat al-Malikiyyah dan al-Hanafiah mengatakan bahawa miskin itu lebih susah keadaannya dari fakir.
  • Pendapat al-Syafi’eyyah dan juga al-Hanabilah mengatakan bahawa fakir lebih susah keadaannya.
  • Terdapat juga pendapat yang mengatakan bahawa fakir dan miskin itu sama sahaja dan ini adalah pendapat Abu Yusuf al-Hanafi dan Ibn al-Qasim al-Maliki dan ini pada hakikatnya menyelisihi jumhur.

Bagi umat Islam di Malaysia, kita menerima pakai pendapat Imam Syafie.

Oleh itu, institusi zakat di Malaysia mentakrif fakir dan miskin yang digunapakai dalam penentuan asnaf adalah seperti berikut :

1. Fakir : Seseorang yang tidak mempunyai apa-apa harta atau pekerjaan atau menerima pendapatan dari sumber-sumber lain yang jumlahnya tidak sampai 50 peratus daripada keperluan harian dan keperluan tanggungannya dan tidak sampai 50 peratus daripada belanja hidup seseorang yang hidup sederhana dan orang-orang tanggungan.

2. Miskin : Seseorang yang mempunyai pekerjaan atau hasil usaha yang hanya memenuhi sebahagian keperluan asasinya tetapi tidak mencukupi untuk menampung keperluan harian dan juga menampung orang-orang tanggungannya.

Contoh Fakir dan Miskin

Abu perlukan RM 100 untuk tampung kos kehidupan seharian, tapi Abu hanya mampu dapatkan RM 70 sahaja, maka Abu dikira sebagai miskin.

Ali perlukan RM 100 untuk kos kehidupan seharian, tapi Ali hanya mampu dapatkan RM 30 sahaja, maka Ali dikira sebagai fakir. Ini kerana pendapatannya tidak sampai 50% daripada keperluan harian yang sepatutnya.

Wallahua’lam

Sumber – zakatselangor, muftiwp

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest
Inline Feedbacks
Lihat Komen Sebelum Ini