Bacaan Al-Quran Rasulullah SAW

bacaan al-quran

Tiada seorang pun yang lebih baik bacaan Al-Qurannya, melainkan bacaan Al-Quran Rasulullah SAW. Insan yang diturunkan Al-Quran kepadanya melalui malaikat Jibril, diamalkan dalam kehidupan seharian dan disebarkan kepada para Sahabat.

1. Bacaan Al-Quran Rasulullah SAW jelas

Ya’la ibnu Mamlak RA meriwayatkan beliau bertanya kepada Ummu Salamah RH mengenai cara Nabi SAW membaca al-Quran, lalu beliau menunjukkan sifatnya dengan satu bacaan yang jelas satu huruf demi satu huruf. (HR Abu Daud)

Sebab itu penting bagi kita untuk mempelajari sifat Huruf dan hukum Tajwid supaya bacaan kita benar.

2. Rasulullah membaca dengan panjang dan pendek

Ini sesuatu yang kita pelajari dalam hukum Tajwid, ada pelbagai hukum seperti Mad Asli, Mad Iwad, Mad Arid Lissukun dan macam-macam lagi. Mempelajari hukum Tajwid sangat penting bahkan boleh dikatakan Wajib, kerana jika tidak mempelajarinya, makna bacaan boleh lari daripada maksud asal.

3. Rasulullah memahami setiap ayat Al-Quran

Kadangkala baginda SAW menangis ketika terlalu khusyuk membaca Al-Quran.

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Sa’d bin Abu Waqqas R.A beliau berkata, bahawa Rasulullah S.A.W bersabda :

إِنَّ هَذَا الْقُرْآنَ نَزَلَ بِحُزْنٍ فَإِذَا قَرَأْتُمُوهُ فَابْكُوا فَإِنْ لَمْ تَبْكُوا فَتَبَاكَوْا

Maksudnya : Sesungguhnya Al-Quran ini turun dengan kesedihan. Maka apabila kamu membacanya hendaklah kamu menangis. Sekiranya kamu tidak menangis hendaklah kamu buat-buat menangis.

Riwayat Ibn Majah (1337)

Di samping itu juga, di dalam hadith sahih ada menghikayatkan bahawa Nabi SAW menangis apabila Baginda SAW mendengar ayat-ayat suci al-Quran yang dibacakan oleh salah seorang sahabat Baginda SAW. Ini dinukilkan atau diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari di dalam Sahihnya:

Daripada Abdullah bin Mas’ud RA, berkata:

قَالَ لِي النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: “اقْرَأْ عَلَيَّ”، قُلْتُ: يَا رَسُولَ اللَّهِ، آقْرَأُ عَلَيْكَ، وَعَلَيْكَ أُنْزِلَ، قَالَ: «نَعَمْ» فَقَرَأْتُ سُورَةَ النِّسَاءِ حَتَّى أَتَيْتُ إِلَى هَذِهِ الآيَةِ: {فَكَيْفَ إِذَا جِئْنَا مِنْ كُلِّ أُمَّةٍ بِشَهِيدٍ، وَجِئْنَا بِكَ عَلَى هَؤُلاَءِ شَهِيدًا} [النساء: 41]، قَالَ: “حَسْبُكَ الآنَ” فَالْتَفَتُّ إِلَيْهِ، فَإِذَا عَيْنَاهُ تَذْرِفَانِ

Maksudnya: “Telah berkata kepadaku Rasulullah SAW: “Bacalah (al-Quran) kepadaku”. Aku berkata: Aku baca kepadamu sedangkan al-Quran itu diturunkan kepada engkau?. Rasulullah SAW bersabda lagi: “Sesungguhnya aku suka untuk mendengarnya daripada orang lain”. Maka aku pun membaca surah al-Nisa’ sehingga aku sampai pada ayat “Maka bagaimanakah (keadaan orang-orang kafir pada hari akhirat kelak), apabila Kami datangkan daripada tiap-tiap umat seorang saksi (iaitu Rasul mereka sendiri untuk menjadi saksi terhadap perbuatan mereka) dan Kami juga datangkan kamu (wahai Muhammad) sebagai saksi terhadap umatmu ini?”. Rasulullah SAW bersabda: “cukup” dan aku berpaling kepada Rasulullah SAW lalu aku melihat mata Rasulullah sedang berair (menangis)”.

[Riwayat al-Bukhari (5050)]

Penutup

Kesimpulannya, sepatutnya kita sebagai seorang mukmin yang beriman dengan al-Quran sentiasa melazami membaca al-Quran serta memahami makna-makna yang tersurat dan tersirat di dalam al-Quran. Dengan itu, kita akan lebih khusyuk dalam solat dan kita juga akan lebih kasih untuk meninggalkan bacaan al-Quran.

Wallahua’lam

sumber – muftiwp, beritaharian

Similar Posts

0 Comments
Inline Feedbacks
Lihat Komen Sebelum Ini