Apa Maksud Ikhtilat?

Izuan
ikhtilat

Apa itu ikhtilat?

Ikhtilat bermaksud percampuran wanita dengan lelaki iaitu perkumpulan mereka pada satu tempat, sama ada dalam bentuk kumpulan atau bersendirian.

Percampuran antara lelaki dan lelaki tiada masalah, hukumnya harus. Yang menjadi masalah ialah percampuran antara lelaki dan wanita yang bukan mahram, ini Haram hukumnya.

Maka, Ulama’ telah menggariskan beberapa keadaan yang membolehkan menjadikan percampuran antara lelaki dan wanita yang HARAM pada asalnya kepada suatu perkara yang diHARUSkan, antaranya ialah:

  1. Dalam keadaan terpaksa (Dharurah)
    • Menyelamatkan dari keburukan yang lebih besar seperti, kehilangan nyawa dalam kemalangan atau keadaan bahaya, kehilangan maruah dan lain-lain.
  2. Dalam keadaan keperluan (Hajat)
    • Dalam gerak kerja (mesyuarat, perbincangan & program)
    • Dalam pembelajaran (Kelas)
    • Jual beli
    • Kerja kehakiman
    • Saksi
    • Amar maaruf nahi mungkar
    • Melayan tetamu
    • Dalam kenderaan awam

Keadaan diatas menyebabkan ikhtilat menjadi HARUS dengan syarat keadaan percampuran diatas mengelak perkara yang dilarang dalam ikhtilat & menepati syarat-syarat Ikhtilat.

Ayat Quran Tentang Ikhtilat

وَلَا تَقْرَبُوا الزِّنَا ۖ إِنَّهُ كَانَ فَاحِشَةً وَسَاءَ سَبِيلًا

Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk.

Surah al-Isra’: Ayat 32

Perkara yang dilarang dalam ikhtilat

1. Pandangan yang berlebihan

“Katakanlah kepada laki-laki yang beriman supaya menahan penglihatan dan menjaga kehormatan….. dan katakanlah kepada wanita-wanita yang beriman supaya menahan pengelihatan dan menjaga kehormatan”

Surah An-Nur : 30-31

Nabi Muhammad SAW bersabda:

لاَ تُتْبِعِ النَّظْرَةَ النَّظْرَةَ فَإِنَّمَا لَكَ الأُولَى، وَلَيْسَتْ لَكَ الأُخْرَى

“Janganlah kamu mengikutkan pandangan dengan pandangan berikutnya. Sebab, hanya pandangan pertama saja yang dibolehkan bagimu tidak untuk pandangan setelahnya.” 

(HR Abu Dawud, At-Tirmidzi, dan Al-Baihaqi).

2. Bersentuhan

Daripada Umaimah binti Raqiqah beliau berkata, Rasulullah S.A.W bersabda:

إني لا أصافح النساء .

“Sesungguhnya aku tidak berjabat tangan dengan para wanita.”

(Hadis Riwayat an-Nasaie dan Ibn Majah)

3. Bercakap lembut

Suara/percakapan juga adalah elemen terpenting yang perlu dijaga, percakapan yang tidak perlu, berbunga dan bermanja perlu dielakkan.

Perbualan yang ringkas, padat dan mencapai maksud adalah lebih baik daripada perbualan yang lain.

4. Khalwat(berdua-duaan)

Dilarang bagi seorang lelaki dan seorang wanita dalam keadaan berdua-duaan, melaikan bersama mahram.

Mahram yang dimaksudkan disini adalah ahli keluarga atau sesiapa sahaja yang memahami hukum Islam dan mampu menegur jika berlakunya pemesongan daripada landasan islam/maksiat.

Seiring dengan peredaran zaman dan teknologi, manusia sering lalai menjaga ikhtilat dalam media sosial, ikhtilat dalam whatsapp

Syarat-syarat Ikhtilat

  1. Niat kerana Allah
  2. Matlamat – ada urusan penting atau keperluan sahaja
  3. Tidak bersentuhan
  4. Menutup & menjaga aurat
  5. Menjaga adab bercakap
    • Ringkas, pada dan difahami, tidak meleret dan berlebihan
  6. Mengasingkan tempat
  7. Dibawah kawalan orang yang dipercayai
    • Bawah pantauan orang yang dipercayai dan memahami hukum islam dan mampu menegur jika berlakunya pemesongan daripada landasan islam/maksiat

Semoga kita diberi kekuatan untuk menjaga dan mengelakkan diri daripada dosa ikhtilat, In Shaa Allah.

Wallahua’lam

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest
Inline Feedbacks
Lihat Komen Sebelum Ini