Amalan 10 Hari Terakhir Ramadan

10 hari terakhir

Apakah amalan yang kita boleh lakukan pada 10 hari terakhir Ramadan?

Pada sepuluh hari terakhir, Rasulullah SAW semakin bersungguh-sungguh melakukan ibadat.

Umm al-Mukminin Aisyah r.anha meriwayatkan perlakuan Nabi saw ketika tiba 10 malam terakhir. Beliau berkata :

كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا دَخَلَ الْعَشْرُ شَدَّ مِئْزَرَهُ وَأَحْيَا لَيْلَهُ وَأَيْقَظَ أَهْلَهُ

Maksudnya :” Nabi saw apabila masuknya hari 10 terakhir Ramadhan, Baginda akan mengetatkan kain, menghidupkan malam tersebut dan mengejutkan ahli keluarganya (untuk turut menghidupkan malam).”

Riwayat al-Bukhari (2024)

Jadi marilah kita turut serta menghidupkan 10 hari terakhir Ramadan dengan beberapa amalan ini :

  1. Tunaikan solat fardu pada awal waktu secara berjemaah
  2. Qiyamullail dan solat tahajud setiap malam
  3. Bersedekah walaupun hanya RM 1 setiap malam. – jomsedekah
  4. Membaca al-Quran
  5. Perbanyak istighfar, berzikir dan berdoa.
  6. Membaca banyak2 doa اللَّهُمَّ إِنَّكَ عُفُوٌّ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي
  7. Elakkan perbalahan sesama manusia
  8. Beriktikaf di dalam masjid.
  9. Memohon kepada Allah diterima amal ibadat sepanjang Ramadan.

Semoga sesiapa yang berusaha akan mendapat ganjaran yang setimpal oleh Allah SWT.

0 Comments
Inline Feedbacks
Lihat Komen Sebelum Ini