Ayat Al-Quran dan Hadis Kebersihan

Izuan
al-quran hadis kebersihan

Kebersihan merupakan satu aspek penting dalam Islam. Buktinya terdapat banyak dalil tentang hadis kebersihan dan ayat al-Quran tentang kebersihan.

Menjaga kebersihan dan keterampilan juga salah satu dakwah kerana bagaimana mungkin penampilan yang selekeh dan berbau busuk dapat menarik perhatian seseorang untuk leboh mengenali Islam.

Ayat al-Quran Tentang Kebersihan

Bersuci Dengan Cara Berwuduk

Firman Allah SWT:

 Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan sembahyang (padahal kamu berhadas kecil), maka (berwudhu’lah) iaitu basuhlah muka kamu, dan kedua belah tangan kamu meliputi siku, dan sapulah sebahagian dari kepala kamu, dan basuhlah kedua belah kaki kamu meliputi buku lali.

(Surah al-Maidah: 6)

Tuntutan Mandi

Firman Allah SWT:

وَإِنْ كُنْتُمْ جُنُبًا فَاطَّهَّرُوا

Maksudnya: Dan jika kamu junub (berhadas besar) maka bersucilah.

(Surah al-Maidah: 6)

Pakaian Yang Bersih

Firman Allah SWT:

وَثِيَابَكَ فَطَهِّرْ

Maksudnya: Dan pakaianmu, maka hendaklah engkau bersihkan.

(Surah al-Muddathir: 4)

Menurut Imam al-Baidhawi, bersih pakaian ialah bersih daripada najis-najis kerana sesungguhnya membersihkan itu adalah kewajipan sebelum beribadat. (Rujuk Tafsir al-Baidhawi, 1/411)


Sucikan Zahir dan Batin

Firman Allah SWT:

إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ التَّوَّابِينَ وَيُحِبُّ الْمُتَطَهِّرِينَ

Maksudnya: Allah mengasihi orang-orang yang banyak bertaubat, dan mengasihi orang-orang yang sentiasa mensucikan diri.

(Surah al-Baqarah: 222)

Imam al-Qurtubi menaqalkan daripada ‘Atha’[1] bahawa orang-orang yang mensucikan diri ialah yang bertaubat daripada dosa dan syirik manakala orang yang membersihkan diri adalah dengan air daripada hadas dan junub.

Hadis Kebersihan

Dalam sebuah hadith Rasulullah SAW bersabda:

الطُّهُورُ شَطْرُ الإِيمَانِ

Maksudnya: Bersuci itu adalah antara ciri-ciri keimanan.

Riwayat Muslim (223)


MaksudnyaSesungguhnya Allah SWT itu baik, Dia menyukai kebaikan. Allah itu bersih, Dia menyukai kebersihan. Allah itu mulia, Dia menyukai kemuliaan. Allah itu dermawan ia menyukai kedermawanan maka bersihkanlah olehmu tempat-tempatmu dan janganlah kamu menyerupai kaum Yahudi.

Riwayat al-Tirmizi (2799)


Kebersihan Mulut

Daripada Jabir bin Abdillah R.A, Nabi SAW bersabda:

مَنْ أَكَلَ ثُومًا أَوْ بَصَلًا فَلْيَعْتَزِلْنَا أَوْ لِيَعْتَزِلْ مَسْجِدَنَا

MaksudnyaSiapa memakan bawang putih atau bawang, maka jarakkanlah mereka daripada kami, atau jarakkanlah daripada masjid kami.

Riwayat al-Bukhari (5452)

Imam al-Nawawi menjelaskan hadis Jabir di atas, katanya: Larangan ini adalah larangan untuk menghadiri masjid, bukan larangan untuk makan bawang merah atau bawang putih atau sejenisnya.


Mandi Paling Kurang Sekali Seminggu

Rasulullah SAW bersabda:

حَقٌّ لِلَّهِ عَلَى كُلِّ مُسْلِمٍ أَنْ يَغْتَسِلَ فِى كُلِّ سَبْعَةِ أَيَّامٍ يَغْسِلُ رَأْسَهُ وَجَسَدَهُ

Maksudnya: Tanggungjawab setiap muslim kepada Allah ialah mandi sekurang-kurangnya sekali dalam seminggu dengan membasuh kepala dan badannya.

Riwayat Al-Bukhari (856) dan Muslim (849)

Kemaskan Diri

Rasulullah SAW bersabda:

خَمْسٌ مِنَ الْفِطْرَةِ: الْخِتَانُ، وَالاِسْتِحْدَادُ، وَنَتْفُ الإِبْطِ، وَتَقْلِيمُ الأَظْفَارِ، وَقَصُّ الشَّارِبِ

Maksudnya: Lima perkara daripada fitrah ialah berkhitan, mencukur bulu ari-ari, mencabut bulu ketiak, memotong kuku dan menggunting misai.

Riwayat Al-Bukhari (5550) dan Muslim (257)

Bersugi / Gosok Gigi

Sabda Rasulullah SAW lagi:

لَوْلاَ أَنْ أَشُقَّ عَلَى أُمَّتِى لأَمَرْتُهُمْ بِالسِّوَاكِ عِنْدَ كُلِّ صَلاَةٍ

Maksudnya: Sekiranya tidak membebankan umatku, aku akan memerintahkan mereka supaya bersugi setiap kali bersolat.

 Riwayat al-Bukhari (847) dan Muslim (252)

Berdasarkan dalil Quran dan Hadis di atas, kita dapat lihat bagaimana Islam mengutamakan kebersihan. Selamat beramal.

Wallahua’lam

Sumber : https://muftiwp.gov.my/en/perkhidmatan/artikel-soal-jawab/2745-bayan-linnas-siri-ke-152-konsep-nazafah-praktikal-dalam-kesempurnaan-haji

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest
Inline Feedbacks
Lihat Komen Sebelum Ini