Akhlak Suami Isteri Dalam Rumahtangga Harmoni

Izuan
akhlak-suami-isteri

Zaman sekarang terjadi banyak perceraian akibat kurang ilmu tentang akhlak suami isteri yang betul ketika berumahtangga.

Kehidupan rumahtangga hendaklah berteraskan Al-Quran dan Hadis:

لَّقَدْ كَانَ لَكُمْ فِى رَسُولِ ٱللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌۭ

Maksudnya: “Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik” (QS Al-Ahzab : 21)

Rasulullah SAW contoh terbaik kerana:

Firman Allah SWT:

وَإِنَّكَ لَعَلَىٰ خُلُقٍ عَظِيمٍۢ

Maksudnya : “Dan bahawa sesungguhnya engkau mempunyai akhlak yang amat mulia.” (QS al-Qalam : 4)

Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

إِنَّمَا بُعِثْتُ لِأُتَمِّمَ صَالِحَ الْأَخْلَاقِ

Maksudnya: “Sesungguhnya tidak aku diutuskan melainkan untuk menyempurnakan kebaikan akhlak.” [Riwayat Ahmad (8952)][Syeikh Syu’aib al-Arna’outh menilai hadith ini sebagai sahih dan sanadnya kuat]

Cara Bergaul Suami Isteri

Firman Allah SWT:

وَعَاشِرُوهُنَّ بِٱلْمَعْرُوفِ ۚ فَإِن كَرِهْتُمُوهُنَّ فَعَسَىٰٓ أَن تَكْرَهُوا۟ شَيْـًۭٔا وَيَجْعَلَ ٱللَّهُ فِيهِ خَيْرًۭا كَثِيرًۭا

“Dan bergaulah kamu dengan mereka (isteri-isteri kamu itu) dengan cara yang baik. Kemudian jika kamu (merasai) benci kepada mereka (disebabkan tingkah-lakunya, janganlah kamu terburu-buru menceraikannya), kerana boleh jadi kamu bencikan sesuatu, sedang Allah hendak menjadikan pada apa yang kamu benci itu kebaikan yang banyak (untuk kamu).”

(An-Nisa’ : 19)

Akhlak Suami

  • Bertaqwa
  • Melaksanakan kepimpinan selaku ketua keluarga
  • Menunjukkan kasih sayang dan belas kasihan
  • Bergaul secara baik
  • Bertanggungjawab
  • Bersikap terbuka dan bertolak ansur
  • Musyawarah
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَكْمَلُ الْمُؤْمِنِينَ إِيمَانًا أَحْسَنُهُمْ خُلُقًا وَخِيَارُهُمْ خِيَارُهُمْ لِنِسَائِهِمْ

Daripada Abu Hurairah, dia berkata: Rasulullah SAW bersabda: orang-orang mukmin yang paling sempurna imannya adalah yang paling baik akhlaknya, dan yang terbaik di antara mereka adalah yang terbaik terhadap isteri-isterinya.”

(HR Ahmad No: 7095) Status: Hadis Sahih

Akhlak Isteri

  • Bertaqwa
  • Mentaati suami
  • Menghias diri untuk suami
  • Memelihara kehormatan diri dan harta suami
  • Menjaga rahsia rumahtangga

Nabi SAW bersabda:

أَلاَ أُخْبِرُكَ بِخَيْرِ مَا يَكْنِزُ الْمَرْءُ الْمَرْأَةُ الصَّالِحَةُ إِذَا نَظَرَ إِلَيْهَا سَرَّتْهُ وَإِذَا أَمَرَهَا أَطَاعَتْهُ وَإِذَا غَابَ عَنْهَا حَفِظَتْهُ

Maksudnya“Hendakkah kamu aku beritahukan tentang sebaik-baik harta seorang lelaki adalah wanita yang solehah. Apabila dia melihat kepadanya, dia akan menggembirakan, apabila dia memberi arahan kepadanya wanita itu taat, dan apabila dia tidak berada di sisinya, wanita itu menjaga maruah dirinya.”

Riwayat Abu Daud (1664)

Perkara Yang Perlu Dielakkan Suami Istri

  • Cemburu buta
  • Menyakiti hati pasangan
  • Tidak bersopan santun
  • Tidak mengambil berat hal agama
  • Membesarkan masalah yang kecil

Kesan Akhlak Baik dan Buruk Dalam Rumahtangga

Akhlak BaikAkhlak Buruk
Mewujudkan keluarga yang bahagiaSentiasa dalam kegelisahan
Cemerlang dalam kehidupanKeluarga yang kucar kacir
Membawa ketenangan dan kejayaanKecewa dan gagal dalam hidup

Cara Membina Akhlak Terpuji

  • Memahami tujuan kehidupan
  • Menghayati ajaran Islam
  • Meningkatkan ibadah
  • Meningkatkan ilmu
  • Memperbaiki kelemahan

Berlemah lembut terhadap orang lain itu kuncinya.

فَبِمَا رَحْمَةٍۢ مِّنَ ٱللَّهِ لِنتَ لَهُمْ ۖ وَلَوْ كُنتَ فَظًّا غَلِيظَ ٱلْقَلْبِ لَٱنفَضُّوا۟ مِنْ حَوْلِكَ ۖ

Maka dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah (kepadamu wahai Muhammad), engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat-sahabat dan pengikutmu), dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu.

(QS Ali Imran : 159)

Wallahua’lam

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest
Inline Feedbacks
Lihat Komen Sebelum Ini