5 Adab Keluar Rumah dan Doa Keluar Rumah

adab keluar rumah

Adab keluar rumah merupakan perkara yang perlu kita pelajari dan amalkan supaya rumah kita dan urusan kita diberkati oleh Allah SWT.

1. Niat yang baik

Niat merupakan kunci. Berniatlah ketika keluar rumah untuk mencari reda Allah, mencari rezeki yang halal, atau mencari ilmu.

Dengan niat yang baik nescaya Allah akan permudahkan urusan hambaNya itu.

2. Langkah kaki

Ketika keluar rumah keluarlah dengan kaki kiri. Ketika ingin memulakan langkah ketika di luar rumah mulakanlah dengan kaki kanan kerana itu lebih afdal.

3. Mengunci rumah

Walaupun kita mengetahui bahawa Allah Maha Melihat, janganlah kita tinggalkan rumah tidak terkunci, bacalah Bismillah dan kunci pintu kerana hakikat tawakkal itu ialah setelah benar-benar berusaha.

 Rasulullah SAW juga pernah berkata kepada seorang lelaki pemilik unta:

اَعقِلْهَا وَتَوَكَّلْ

MaksudnyaIkatlah (untamu), baru kamu bertawakkal.

Riwayat al-Tirmizi (2157) dan Ibn Hibban (708)

Rasulullah SAW memerintahkan kepadanya untuk melakukan usaha terlebih dahulu dan kemudian menyerahkan urusannya kepada Allah SWT. Justeru, hendaklah wujud usaha dalam sesuatu perkara di samping penyerahan urusan kepada Allah SWT.

4. Membaca Doa

Izdeen 2

5. Berzikir sepanjang perjalanan

Perbanyak berzikir untuk mengingat Allah dalam sebuah perjalanan. Hal itu dapat menambah pahala dan melindungi diri kita dari godaan setan.

Dalam sebuah hadits dari Ibnu Umar RA, ia berkata:

“Adalah Rasulullah SAW dan pasukannya apabila naik ke tempat tinggi mereka bertakbir. Jika turun mereka bertasbih.” (HR Abu Daud).

Kelebihan melakukan Adab Keluar Rumah

Melaksanakan adab-adab ini secara tidak langsung akan membuatkan kita ingat pada Allah SWT, bilamana seseorang hamba itu ingat Allah, Allah akan sentiasa mengingatinya. Maka jika ada urusan yang berat, nescaya Allah permudahkan kerana tiada yang mustahil bagi-Nya.

Wallahua’lam

sumber – news.detik, akumuslim.asia

1 Comment
Oldest
Newest
Inline Feedbacks
Lihat Komen Sebelum Ini