Cara Solat Taubat Serta Doa Rumi

Izuan
solat taubat

Setiap orang pasti pernah melakukan dosa, namun jangan putus asa dan sentiasa meminta pengampunan daripada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat.

Tak pandai solat taubat?

Artikel ini tentang tata cara solat taubat lengkap dan ringkas, berserta doa taubat rumi.

Firman Allah SWT,

يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ تُوبُوٓا۟ إِلَى ٱللَّهِ تَوْبَةًۭ نَّصُوحًا

“Hai sekalian orang yang beriman, bertaubatlah kepada Allah dengan taubat nasuha –
yakni yang sebenar-benarnya.” (at-Tahrim: 8)

Waktu Solat Taubat

Solat taubat boleh dilakukan dua, empat atau enam rakaat pada bila-bila masa, tetapi lebih afdal pada waktu tengah malam yang mana suasananya lebih sunyi dan tenang.

Boleh juga silakukan solat taubat sebelum tidur kerana merasa banyak dosa pada hari itu

Cara Solat Taubat Nasuha

1. Niat solat taubat rumi

image

Usolli Sunnata Taubati Rak’ataini Lillahi Ta’ala 

Sahaja aku solat sunat taubat dua rakaat kerana Allah Taala

2. Baca Al-Fatihah

3. Bacaan surah selepas Al-Fatihah:

Rakaat pertama:   Surah Al-Kafirun
Rakaat kedua:   Surah Al-Ikhlas

4. Rukuk, Iktidal, Sujud seperti biasa

5. Pada sujud terakhir rakaat kedua (sebelum duduk Tahiyyat Akhir) iaitu selepas membaca tasbih biasa, bacalah Tasbih berikut 40 kali:

image 1

  Laa ilaaha illa Anta Subhanaka Inni Kuntu Minazzolimin 

Tiada Tuhan melainkan Dikau (Allah)! Maha Suci Dikau! Sesungguhnya daku ini termasuk daripada golongan orang yang aniaya (zalim).

6. Duduk Tahiyat Akhir Dan Memberi Salam

Selesai sudah solat sunat taubat anda.

Zikir dan Doa Selepas Solat Taubat

Bacalah istighfar berikut sebanyak 10 / 100 kali;

istighfar

 Astagfirullah Hal ‘Azim Allazi Laa ilaaHa illa Huwalhayyu-Qoyyum Wa AtuuBu ilaih 

Daku mohon ampun kepada Allah yang Maha Agung, yang tiada Tuhan melainkan Dia Yang Maha Hidup Lagi Maha Mengurus dan daku bertaubat kepada-Nya.

Boleh juga membaca Sayyidul Istighfar(Penghulu Istighfar).

Doa Taubat Rumi

image 3

Allahumma inni Zholamtu Nafsi Zull-man Katsiran Walaa Yagh-Firu ZunuuBa illa Anta, Fagh-firli Min indika Magfirotan innaka Antal Rgho-fuu Rur-rahim.

Maksudnya:

Ya Allah, sesungguhnya aku telah menzalimi diriku sendiri dengan kezaliman yang besar. Dan tiada siapa yang akan mengampuni dosa-dosaku melainkan Engkau. Maka ampunilah aku dengan keampunan yang besar daripada sisiMu. Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Pengasih.

Wallahua’lam

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest
Inline Feedbacks
Lihat Komen Sebelum Ini