Nabi Muhammad Makan Daging Kambing Beracun

Izuan
kambing beracun

Kisah ini dikatakan terjadi setelah Perang Khaibar.

Dalam keadaan Rasulullah (s.a.w) sedang berehat selepas pembukaan Khaibar seorang wanita Yahudi yang dikenali sebagai Zainab bin al-Harith isteri Salam bin Misykam telah tampil ke hadapan Rasulullah, dan menghadiahkan seekor kambing panggang.

Tapi ini bukan sebarang kambing, ini kambing beracun. Terlebih dahulu, Zainab telah bertanya tentang bahagian kambing apa yang menjadi kesukaan Rasulullah SAW. Dia diberitahu bahagian paha. Maka dia telah meletak racun banyak sekali di bahagian itu.

Baginda pun mengambil paha kambing bakar tadi dan menggigitnya, didapati dagingnya tidak baik lalu diluahkannya dan bersabda: Tulang kambing ini memberitahu daku yang ianya telah diracunkan; setelah itu dipanggil perempuan Yahudi tadi dan disoal, beliau pun membenarkan kata-kata Rasulullah itu, dan bila ditanya mengapa beliau berbuat demikian, jawab beliau: Kalaulah Muhammad ini raja akan selamatlah daku darinya dan kalau ianya seorang nabi maka beliau akan dilindungi.

Namun, salah seorang sahabat Nabi iaitu Bisyr bin Al-Barra’ yang turut sama makan telah meninggal dunia.

Riwayat berikhtilaf mengenai kesudahan perempuan tadi, dimaafkan atau dibunuh, satu riwayat sebulat mengatakan Rasulullah memaafkannya pada permulaan, kemudian dibunuh sebagai qisas, hukuman di atas kematian Bisyr.

Wallahua’lam

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest
Inline Feedbacks
Lihat Komen Sebelum Ini