Kaum Yahudi Madinah: Bani Nadhir, Bani Quraizah dan Bani Qainuqa

Izuan
kaum yahudi madinah

Sebelum kedatangan Nabi Muhammad ke Madinah, terdapat tiga kaum Yahudi yang menetap di sana iaitu Bani Nadhir, Bani Quraizah dan Bani Qainuqa.

Sejarah Kaum Yahudi Madinah

Mereka ini berhijrah ke bumi Hijaz pada zaman penindasan Persia dan Rom sebagaimana yang kita perkatakan sebelum ini, mereka ini adalah kelompok Ibrani(kaum Israel purba), perpindahan mereka ke bumi Hijaz telah mengubah budaya hidup dengan adapatasi kepada budaya dan tamadun bangsa Arab, pakaian Arab, nama kabilah dan individu mereka kepada nama-nama Arab, malah hingga berlaku hubungan kekeluargaan dan perkahwinan dengan orang-orang Arab, cuma mereka masih mengekalkan asabiah kebangsaan mereka.

Mereka masih tidak berinteraksi sepenuhnya, malah mereka masih berbangga dengan keturunan dan kebangsaan Israel-Yahudi mereka, lebih dari itu mereka memperkecil-kecilkan bangsa Arab yang mereka menamakan sebagai Ummiyin dalam bahasa mereka, yang bermakna binatang rendah, hina dan mundur, mereka mempercayai bahawa harta-harta bangsa Arab adalah halal untuk mereka, mereka boleh memakannya sekehendak hati mereka.

Mereka mengatakan:

 وَمِنْهُم مَّنْ إِن تَأْمَنْهُ بِدِينَارٍ لَّا يُؤَدِّهِ إِلَيْكَ إِلَّا مَا دُمْتَ عَلَيْهِ قَائِمًا ۗ ذَٰلِكَ بِأَنَّهُمْ قَالُوا لَيْسَ عَلَيْنَا فِي الْأُمِّيِّينَ


“dan ada pula di antara mereka yang kalau engkau amanahkan menyimpan sedinar pun, ia tidak akan mengembalikannya kepadamu kecuali kalau engkau selalu menuntutnya. Yang demikian itu ialah kerana mereka mengatakan: “Tidak ada jalannya kami menanggung dosa mengenai orang-orang yang Ummi(orang Arab)”

(ali-Imran: 75)

Mereka tidak berminat untuk menyebar luas agama Yahudi,supaya dapat mengaut keuntungan dalam bentuk jampi mantera, sihir, ramalan dan sebagainya. Mereka merasakan diri mereka sebagai golongan yang lebih, dari orang lain dan merekalah pemimpin kerohanian.

Kelebihan Yahudi Madinah

TIdak dapat dinafikan, kaum Yahudi pandai di dalam bidang perusahaan dan kemahiran hidup, mereka menguasai perniagaan biji-bijian, tamar, khamar dan pakaian, merekalah pengekspot dan pengimport barangan seperti kain, khamar dan bijian, selain dari itu mereka juga memiliki pekerjaan-pekerjaan lain yang mereka usaha sendiri, darinya mereka berupaya memungut keuntungan yang berlipat ganda dari orang Arab. Mereka bergiat dengan amalan riba, dengan melepaskan pinjaman kepada ketua-ketua kabilah Arab dan pemimpinnya.

Ketua kabilah Arab menggunakan wang hutang untuk memperolehi pujian dan sanjungan dari penyair-penyair dan dilihat megah di kalangan orang ramai. Setelah harta hangus dibelanjakan untuk sesuatu yang tidak berfaedah, kaum Yahudi juga memberi hutang kepada ketua kabilah Arab dengan menerima sawah atau ladang-ladang mereka sebagai cagaran, setelah tamat tempoh dan hutang tidak dapat diselesaikan maka secara automotik cagaran tadi menjadi milik Yahudi.

Sifat Kaum Yahudi

Kaum Yahudi juga terkenal sebagai golongan yang menimbulkan fitnah, konspirasi, kerosakan, batu api, menimbulkan perseteruan di antara kabilah-kabilah Arab tanpa disedari oleh mereka, dengan itu berlakulah peperangan yang berlarutan di antara kabilah-kabilah Arab, di mana sahaja berlakunya pergaduhan kabilah, pastinya di sana tangan-tangan Yahudi yang melaga-lagakan dan mereka akan memerhati persengketaan ini dari jauh.

Mereka menyemarakkan persengketaan ini, dengan memberi pinjaman kewangan secara riba sebagai bantuan kepada puak-puak yang berlaga, kerana peperangan memerlukan perbelanjaan besar, dengan cara ini kaum Yahudi mengaut dua keuntungan:

  • Dapat mengekalkan status dan entitinya,
  • Mengaktifkan sistem riba yang memberi pulangan yang berlipat ganda kepada mereka di samping dapat mengumpul harta yang banyak.

Tiga kabilah Yahudi yang terkenal:

  1. Banu Qainuqa’
  2. Banu al-Nadhir
  3. Banu Quraidhah.

Bani Qainuqa adalah sekutu qabilah al-Khazraj kediaman mereka di tengah Madinah. Kedua-dua puak (Banu al-Nadhir dan Banu Quraidhah) ini adalah sekutu kepada al-Aws, kediaman mereka di luar al-Madinah.

Ketiga-tiga kabilah inilah yang menyalakan api peperangan di antara al-Aws dan al-Khazraj sejak zaman berzaman, supaya mereka kekal berkuasa di Madinah.

Ini kerana, seruan Islam adalah seruan kepada kebaikan yang berusaha menyatu-padukan hati-hati yang bersengketa. Selama ini seruan yang mengajak kepada kasih sayang, melupai permusuhan dan kebencian sesama sendiri, untuk beriltizam dengan amanah di dalam semua urusan, seruan Islam juga mengajak kepada menepati permakanan yang halal dari rezeki yang bersih.

Ini bermakna bahawa semua kabilah-kabilah Yathrib akan bersatu padu, menyebabkan mereka terlepas dari cengkaman puak Yahudi, dan darinya pula akan terancam perniagaan mereka. Perniagaan secara riba mereka yang selama ini memberi pulangan amat lumayan akan musnah.

Qabilah-qabilah Arab ini akan sedar dari kelalaian mereka selama ini, membawa mereka memikir semula mengenai harta mereka yang berada di dalam tangan Yahudi yang diambil secara tipu muslihat, melalui muamalat riba.

Kesemua ini di dalam perhitungan kaum Yahudi, iaitu sejak mereka mengenalpasti bahawa seruan Islam cuba bertapak di Yathrib. Sebab itu mereka tidak suka terhadap Islam dan rasulnya sejak Baginda memasuki Yathrib, sekalipun tidak berani menunjukkan sikap permusuhan itu, kecuali setelah berlalu beberapa ketika.

Keberadaan puak Yahudi bagaikan duri dalam daging bagi umat Islam di Madinah. Setelah menimbulkan kacau bilau mereka diusir keluar dari Madinah satu demi satu.

  • Bani al-Nadhir diusir melalui perang Bani Nadhir. Ini kerana mereka merancang untuk membunuh Rasulullah.
  • Bani Quraizah diusir kerana merancang konspirasi semasa perang Ahzab
  • Bani Qainuqa telah melanggar janji dalam Piagam Madinah.

Tindakan ini perlu kerana kaum Yahudi menyerang Islam secara halus melalui politik dalaman.

Wallahua’lam

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest
Inline Feedbacks
Lihat Komen Sebelum Ini