Umrah ialah salah satu ibadah yang sangat diimpikan oleh umat Islam. Walaupun tidak wajib seperti haji, ia tetap menjadi ibadah besar yang menghapuskan dosa dan mendekatkan hati kepada Allah. Setiap tahun, lebih ramai rakyat Malaysia memilih untuk tunaikan Umrah—sama ada melalui pakej atau DIY.
Panduan ini ditulis khas untuk jemaah Malaysia yang mahukan ilmu praktikal, tips pengalaman sebenar, dan langkah-langkah yang jelas dari sebelum berangkat sampai selesai tahallul.
Apa Itu Umrah?
Umrah berasal daripada perkataan ‘i’timar’, yang bermaksud ziarah. Dari segi syarak, Umrah ialah:
“Ziarah ke Baitullah dalam keadaan ihram, melaksanakan tawaf, sa’ie, dan bertahallul.”
Kelebihan Umrah
- Menghapuskan dosa-dosa kecil.
- Mengangkat darjat dan pahala berlipat ganda.
- Mendapat doa mustajab di tempat paling mulia.
- Masa lebih fleksibel berbanding haji.
pakah hukum umrah?
Hukum umrah adalah diwajibkan ke atas setiap Muslim yang berkemampuan dan memenuhi syarat-syaratnya, paling kurang sekali seumur hidup. Inilah pendapat yang lebih kuat sesuai dengan amalan mazhab setempat di negara kita. Selain itu, pendapat ini juga dilihat lebih berhati-hati dan keluar daripada khilaf mereka yang mewajibkannya.
Sebelum mengerjakan umrah, ada beberapa hal yang perlu dipersiapkan iaitu:
1. Niat yang suci.
2. Wang perbelanjaan yang cukup.
3. Pengurusan dokumen.
4. Pakaian ihram.
5. Ubat-ubatan dan kelengkapan peribadi.
6. Pemahaman tertib umrah.
Rukun & Wajib Umrah (Ringkas)
Untuk memastikan Umrah sah, anda perlu tahu perkara asas:
Rukun Umrah (Wajib Dilakukan)
- Ihram – Niat di miqat.
- Tawaf – 7 pusingan mengelilingi Kaabah.
- Sa’ie – 7 ulang-alik Safa ↔ Marwah.
- Tahallul – Bergunting atau bercukur.
- Tertib
Wajib Umrah
- Berniat di miqat.
- Menjaga semua larangan ihram.
Jika langgar wajib → kena dam.
Cara Umrah Step-by-Step (Panduan Praktikal)

Bahagian ini paling penting kerana inilah yang anda akan ikut semasa di Tanah Suci.
1. Sebelum Berangkat
- Pastikan pasport 6 bulan sah.
- Selesai vaksinasi yang disyaratkan (jika ada perubahan terkini).
- Print dokumen: booking hotel, tiket, insurance.
- Tukar duit SAR.
- Install apps penting (Tawakkalna, Nusuk, Google Maps).
2. Ihram
Menurut istilah, ihram ertinya adalah melarang atau menahan. Manakala, menurut syar’i, pengertian ihram adalah niat untuk pelaksanaan ibadah haji/umrah yang ditandai dengan beberapa amalan haji/umrah.
Ihram harus dilakukan sebelum pergi ke miqat dan diakhiri dengan tahallul (langkah mencukur rambut sekurang-kurangnya tiga helai). Ketika seseorang sudah melakukan ihram, maka dia harus mengikuti peraturan dan ketentuan yang ditetapkan ketika sedang dalam ibadah haji/umrah.
Secara umumnya, pantang larang dalam ihram boleh dibahagikan kepada tiga kategori:
- Larangan dikhususkan kepada lelaki sahaja.
- Larangan dikhususkan kepada wanita sahaja.
- Larangan umum (buat lelaki dan wanita).
Larangan Dikhususkan Bagi Lelaki Sahaja
- Memakai pakaian bersarung / berjahit / bercantum seperti seluar, baju kemeja, stokin, kasut yang menutup jari-jari dan tumit, kain pelikat dan sebagainya.
- Menutup kepala atau sebahagian daripadanya seperti songkok, kopiah, serban, kain ihram dan sebagainya.
Larangan Dikhususkan Bagi Wanita Sahaja
- Menutup muka.
Larangan Umum (Buat Lelaki Dan Wanita)
- Memakai sarung tangan.
- Memakai bau-bauan di bahagian badan, makanan, minuman atau menghidunya ke dalam hidung.
- Memakai minyak di kepala, janggut dan semua bulu muka selain daripada yang tumbuh di pipi dan dahi.
- Menanggalkan rambut atau bulu daripada mana-mana anggota badan.
- Mengerat atau memotong kuku.
- Memotong/menebang/mengerat/mencabut pokok-pokok di Tanah Haram Mekah.
- Memburu binatang buruan darat yang halal dimakan atau membinasakannya di Tanah Halal atau Haram.
- Melakukan perkara yang boleh merangsang persetubuhan.
- Bersetubuh.
- Berkahwin, mengahwinkan atau menerima wakil kahwin.
Sekiranya jemaah umrah melanggar ataupun melakukan perkara yang haram dilakukan ini, jemaah akan dikenakan dam ataupun denda mengikut kesalahan yang telah dilakukan. Terdapat larangan yang tidak sengaja dilakukan dan tidak perlu membayar dam. Terdapat juga larangan yang tidak sengaja dilakukan, tetapi tetap dikenakan dam.
Sebelum Berihram
Anda hendaknya memperelokkan / mendandani / memperkemaskan diri seperti:
- Memotong kuku.
- Mencabut bulu ketiak, ari-ari.
- Mengemaskan rambut, misai dan janggut.
- Mandi sunat ihram, boleh dilakukan di hotel — sama ada di Makkah, Madinah, Jeddah atau tempat transit; niatnya:

- Memakai minyak rambut.
- Memakai minyak wangi pada tubuh badan sahaja, tidak pada pakaian ihram.
Semasa Berihram
Membaca niat ihram/umrah:

Atau, niatkan ihram/umrah bersyarat:

Selepas Berihram
Dirikan dua rakaan solat sunat ihram

Pada rakaat pertama sesudah Al-Fatihah, dibacakan Surah Al-Kafirun. Pada rakaat kedua sesudah Al-Fatihah, dibacakan Surah Al-Ikhlas.
Pakaian Ihram
- Lelaki: 2 helai kain putih tidak berjahit.
- Wanita: Bebas pakaian menutup aurat (boleh berjahit).
3. Miqat Untuk Jemaah Malaysia
Jenis miqat bergantung kepada entry point:
Jika masuk melalui Madinah → Miqat: Bir Ali (Dzulhulaifah)
Paling popular bagi jemaah Malaysia.
Jika terus ke Makkah / Jeddah → Miqat: Qarnul Manazil
(Kabin crew biasanya buat pengumuman sebelum lintasan miqat)
Tempat Miqat yang lain :
- Al-Juhfah : Miqat bagi mereka yang datang dari arah Syam (Jordan, Syria, Lubnan, Palestin).
- Yalamlam : Miqat bagi mereka yang datang dari arah Yaman.
- Zatu ‘Irq : Miqat bagi mereka dari arah Timur (Iraq, Iran).
4. Niat Umrah
Lafaz paling ringkas:
“Labbaik Allahumma Umrah.”
Ertinya: Aku menyahut seruan-Mu ya Allah untuk mengerjakan Umrah.
Selepas niat → terus bertalbiah:
Melaungkan Talbiah:

5. Tawaf di Kaabah 🕋

Setiba di Masjidil Haram, masuk dengan kaki kanan & baca doa masuk masjid.
Cara Tawaf
- Mula di Hajar Aswad (garisan hijau).
- Pusing 7 kali mengikut arah lawan jam.
- Pastikan bahu kiri menghadap Kaabah sepanjang masa.
- Elak tolak menolak — pilih tingkat 1 atau 2 jika sesak.
- Doa apa-apa saja, tiada doa khas setiap pusingan (doa ringkas memadai).
Syarat-syarat Tawaf
- Suci daripada hadas (kecil dan besar), yakni ada wuduk yang sah.
- Bermula dan berakhir di Hajarul Aswad.
- Cukup tujuh kali pusingan dengan sempurna dan yakin.
- Bahu kiri sentiasa bersebelahan Kaabah.
- Tidak menyentuh mana-mana bahagian Kaabah termasuk Hijir Ismail.
- Menutup aurat.
- Tiada najis pada pakaian dan tempat tawaf.
- Tawaf dalam masjid dengan niat ibadah.
Sunat-sunat Tawaf
- Tawaf dengan berjalan kaki.
- Berittiba’ (memakai pakaian ihram dalam keadaan membuka bahu sebelah kanan) bagi lelaki sepanjang tawaf.
- Berlari-lari anak bagi lelaki pada pusingan pertama, kedua dan ketiga. Pada pusingan keempat hingga ketujuh, jemaah lelaki berjalan seperti biasa.
- Melakukan istilam (menyentuh) Hajarul Aswad, kemudian mengucupnya. Jika tidak mampu, disunatkan isyarat dengan tangan dari jauh sambil bertakbir, kemudian kucup tapak tangan tanpa membunyikan suara kucupan tersebut.
- Membaca doa dan wirid.
- Berturut-turut tujuh pusingan tawaf tersebut.
- Tawaf dengan tawaduk dan khusyuk.
- Mendirikan solat sunat dua rakaat setelah selesai tawaf di belakang Maqam Ibrahim.
1. Niat tawaf

2. Ketika mendekati garisan permulaan tawaf (garisan yang sejajar dengan Hajarul Aswad) bacalah doa ini:

3. Ketika sejajar dengan garisan permulaan tawaf, angkatkan kedua-dua belah tangan dengan lurus tanpa melebihi paras telinga menghadap Kaabah dan ucapkan:

4. Bacaan ketika bertawaf
Semasa tawaf dilakukan, tidak ada bacaan khusus yang dibaca oleh Nabi Muhammad SAW dalam setiap pusingan. Apabila sampai di rukun Yamani, bacalah, “Rabbanaa aatina fiddunia hasannah wafilakhirati hasanah wa kinaa ‘aza bannar.” Itu saja bacaan yang khusus semasa dalam tawaf.
6. Sa’ie (Safa ↔ Marwah)
Selepas selesai tawaf, anda pergi ke kawasan Sa’ie.
Cara Sa’ie
- Bermula di Safa → niat → bergerak ke Marwah.
- Itu dikira 1 pusingan.
- Pergi-balik 7 pusingan, berakhir di Marwah.
Syarat-syarat Sa’ie
- Hendaklah dilakukan selepas melakukan tawaf.
- Bermula di Bukit Safa dan berakhir di Bukit Marwah.
- Cukup tujuh kali dengan yakin, iaitu dikira dari Safa ke Marwah sekali dan dari Marwah ke Safa sekali.
- Hendaklah sa’ie sehingga sampai ke penghujung tempat sa’ie di Bukit Safa dan Bukit Marwah pada setiap pusingan.
- Hendaklah sa’ie di tempat yang ditentukan sekarang.
- Mengekalkan niat untuk ber-sa’ie sepanjang masa melakukan sa’ie itu.
Sunat-sunat Sa’ie
- Keluar ke tempat sa’ie melalui Pintu Safa.
- Menaiki Bukit Safa dan Bukit Marwah hingga sampai ke batu-batu bukit.
- Menghadap ke arah kiblat dan mengangkat kedua-dua belah tangan sambil bertakbir setiap kali berada di atas Bukit Safa dan Bukit Marwah.
- Berlari-lari anak bagi lelaki (tidak bagi wanita) apabila sampai di tempat yang bertanda lampu hijau.
- Berturut-berturut (muwalat) antara pusingan sa’ie.
- Suci daripada hadas besar dan kecil serta menutup aurat.
- Berjalan, jika uzur maka boleh menggunakan kenderaan seperti kerusi roda.
- Berdoa.
- Berittiba‘.
1. Niat sa’ie

2. Sebelum memulakan sa’ie, bacalah doa ini:

Tips Sa’ie
✔ Laluan sekarang berhawa dingin & sangat selesa.
✔ Bahagian lampu hijau → lelaki digalakkan berlari anak.
✔ Tiada bacaan wajib — doa ringkas sangat memadai.
Berdoa di Bukit Marwah

7. Tahallul (Gunting / Cukur) ✂
Afdal bercukur atau bergunting di Marwah. Lebih afdal bercukur kesemua sekali bagi lelaki dan bagi wanita, cukup sekadar bergunting sahaja.
Doa tahallul:

Akhir sekali:
- Lelaki: Cukur licin lebih afdal / gunting sekurang-kurangnya 3 helai.
- Wanita: Gunting sedikit (1-2cm) hujung rambut.
Selesai tahallul → semua larangan ihram terbatal.
Umrah anda selesai. Alhamdulillah.
Checklist Barang Umrah 2025 (Lengkap)
Dokumen Penting
- Pasport
- Tiket & booking hotel
- Insurans perjalanan
- Kad vaksin (jika disyaratkan)
Pakaian
- 3–4 jubah atau baju kurung
- Telekung (2 pasang)
- Stokin hitam / putih
- T-shirt untuk Sa’ie
- Pakaian tidur
Kelengkapan Ihram
- Ihram 2 helai + 1 spare
- Belt ihram
- Kain kecil lap peluh
Ubat-Ubatan
- PCM, ubat batuk, ubat cirit
- Minyak angin, koyok
- Oral rehydration salt
- Cream tumit pecah
Gadget
- Powerbank
- International adapter
- Simcard / roaming
- Small sling bag untuk masjid
Kos Umrah 2025 Untuk Jemaah Malaysia
Anggaran kasar:
| Jenis | Anggaran (RM) |
|---|---|
| Ekonomi | 6,000 – 7,500 |
| Pertengahan | 7,500 – 9,000 |
| Premium | 10,000 – 15,000 |
| Umrah DIY | 4,000 – 6,500 |
Kos tambahan
- Makan: RM20–30/hari
- Laundry: RM10–15/kg
- Ziarah: RM30–80
- Train Makkah–Madinah: RM70–130
Ziarah Wajib di Makkah & Madinah🕌
Ziarah Makkah
- Jabal Thur
- Jabal Nur
- Arafah
- Mina
- Muzdalifah
- Masjid Aisyah (untuk niat umrah seterusnya)
Ziarah Madinah
- Masjid Quba
- Masjid Qiblatain
- Bukit Uhud
- Perkuburan Baqi
- Ladang kurma
Adab & Etika Umrah
- Jangan marah, jangan tolak orang.
- Jaga kebersihan masjid.
- Elak bergaduh dalam keadaan panas & sesak.
- Baca doa & zikir ringan.
- Sentiasa ingat tujuan: mencari redha Allah.
Doa Ringkas Semasa Umrah
Mudah, pendek & praktikal:
Doa masuk masjid
Allahumm-aftah li abwaba rahmatik.
Doa di Multazam
Rabbana atina fid-dunya hasanah…
Doa ketika Sa’ie di Safa
Innassafa wal-marwata min sya’a’irilillah…
Doa bebas
Ya Allah, permudahkan urusanku, ampunkan dosaku, berkatilah keluargaku.
FAQ Umrah
1. Jika datang haid, boleh masuk masjid?
Tidak boleh. Tunggu suci. Anda boleh ziarah Madinah dulu.
2. Tawaf tak cukup 7 pusingan?
Tidak sah → perlu ulang dari pusingan terakhir yang sah.
3. Umrah musim panas ok?
Ya, tapi bawalah hydration salt & topi payung.
4. Boleh guna wheelchair?
Boleh, tawaf & sa’ie boleh dilakukan dengan wheelchair.
5. Maksimum umur?
Tiada — ikut kesihatan masing-masing.
Kesimpulan
Umrah memerlukan persediaan ilmu, fizikal, dan mental. Semakin banyak anda faham langkah-langkahnya, semakin mudah ibadah itu dilaksanakan. Panduan ini diharap membantu anda melakukan Umrah dengan yakin, tenang dan tersusun.
