Siti Sarah istri Nabi Ibrahim

Izuan
siti sarah

Siti Sarah ialah istri pertama Nabi Ibrahim as. Sarah memiliki akhlak yang mulia dan paras rupa menawan yang luar biasa pada zamannya. Sarah merupakan wanita mulia yang menjadi ibu kepada Nabi Yaqub dan Nabi Ishak.

Menjadi isteri Nabi Ibrahim

Kecantikan dalaman dan luaran, menjadikan Sarah wanita yang sesuai untuk menjadi isteri Nabi Ibrahim. Sarah juga merupakan seorang wanita yang cerdas dan dermawan.

Maka, Nabi Ibrahim bernikah dengan Sarah, dan sejak itu Sarah menjadi pendamping setia dalam urusan dakwah Nabi Ibrahim di Mesir dan Palestin.

Ketika usaha dakwah Nabi Ibrahim di Mesir, berita tentang kecantikan Sarah telah sampai kepada Raja Mesir. Raja Mesir ketika itu sentiasa mencari wanita-wanita cantik untuk dijadikan isteri.

Mendengar berita tentang Siti Sarah, Raja langsung menyuruh pengawalnya dengan segera memanggil keduanya. Ibrahim menyambut panggilan tersebut dan tiba di kerajaan bersama Sarah.

Sesampainya di kerajaan, Raja langsung menanyakan siapakah perempuan di sebelah Ibrahim. Lalu, Nabi Ibrahim AS menjawab bahwa Sarah adalah saudarinya.

Nabi Ibrahim AS berbisik pada istrinya agar mengaku sedemikian rupa, agar mereka berdua bisa selamat.

Dari kisah ini, Rasulullah SAW bersabda:

Ibrahim tidak pernah berbohong kecuali 3 kali. Pertama, perkataannya ketika diajak untuk beribadah kepada berhala Tuhan mereka dan Ibrahim menjawab, sesungguhnya dirinya sakit. Kedua, perkataannya patung besar itulah yang melakukannya. Ketiga, perkataannya tentang Sarah, ‘Sesungguhnya dia saudariku.’

Para pengawal mengambil Sarah dan membawanya ke hadapan Raja Mesir. Dalam keadaan itu, Siti Sarah tidak berhenti berdoa kerana sedih dipisahkan dengan Nabi Ibrahim.

Raja pun mula mendekati Siti Sarah, tetapi ketika semakin hampir dengan Sarah, dirinya seolah-olah terhenti. Kejadian ini berlaku beberapa kali, menyebabkan Raja itu mula menyedari bahawa Sarah bukanlah wanita biasa. Raja itu rasa bersalah dan memulangkan Siti Sarah kepada Nabi Ibrahim. Tambahan, Raja turut memberi seorang wanita bernama Siti Hajar sebagai hadiah kerana rasa bersalah menganggu Nabi Ibrahim as.

Penantian Siti Sarah untuk mendapat keturunan

Umur Sarah menginjak tua, rambut pun mula memutih. Melihat keadaan suaminya Nabi Ibrahim yang tidak henti-henti memohon agar dikurniakan zuriat, Siti Sarah menawarkan suaminya untuk bernikah lagi.

Walaupun cemburu, Sarah tabahkan hati, demi cintanya kepada suaminya. Nabi Ibrahim kemudian berkahwin dengan Siti Hajar. Hasil dari perkahwinan itu, lahir Nabi Ismail as.

Kelahiran Nabi Ismail membuatkan kecemburuan Sarah tidak lagi tertahan, maka Nabi Ibrahim diperintahkan oleh Allah untuk membawa Hajar dan Ismail ke suatu lembah dekat Baitullah yang kering serta tidak ada satu tanaman pun.

Ketika meninggalkan Siti Hajar, Nabi Ibrahim berdoa,

image 10
(Surah Ibrahim : 37)

“Wahai Tuhan kami, sesungguhnya aku telah menempatkan sebagian keturunanku di lembah yang tidak mempunyai tanam-tanaman di dekat rumah Engkau (Baitullah) yang dihormati, ya Tuhan kami (yang demikian itu) agar mereka mendirikan salat, maka jadikanlah hati sebagian manusia cenderung kepada mereka dan beri rezekilah mereka dari buah-buahan, mudah-mudahan mereka bersyukur”.

Kemudian, dengan berat hati Nabi Ibrahim pulang bertemu dengan Sarah. Allah mengabulkan doa yang sudah Nabi Ibrahim panjatkan tersebut. Sehingga lembah yang menjadi tempat tinggal Hajar dan Ismail mulai berubah. Bahkan melalui Nabi Ismail muncullah air zam-zam yang suci dan memberi manfaat sampai sekarang ini.

Sarah akhirnya mengandung

Kehidupan berlalu seperti biasa, umur Sarah dan Nabi Ibrahim semakin tua sehinggakan mereka berasa tiada harapan untuk mendapat zuriat. Tetapi, Allah mempunyai rancangan yang sebaliknya buat mereka, berkat kesabaran dan doa yang tidak putus-putus, akhirnya terdapat berita gembira buat keluarga Ibrahim as.

image 15
(Surah Hud : 71)

Dan istrinya berdiri (di balik tirai), lalu dia tersenyum, maka Kami sampaikan kepadanya berita gembira tentang (kelahiran) Isḥāq dan dari Isḥāq (akan lahir putranya) Ya`qūb.

image 16
(Surah Hud : 72)

Istrinya berkata, “Sungguh mengherankan, apakah aku akan melahirkan anak padahal aku adalah seorang perempuan tua dan ini suamiku pun dalam keadaan yang sudah tua pula? Sesungguhnya ini benar-benar suatu yang sangat aneh”.

Kabar itu membuat pasangan ini berbahagia, karena setelah puluhan tahun berumah tangga, akhirnya akan memiliki anak.

Akhirnya, Sarah melahirkan seorang anak laki-laki yang diberi nama Ishaq, daripada Nabi Ishaq keturunan bersambung ke Nabi Yakub dan kemudian kepada Nabi Yusuf as.

Antara teladan yang boleh diambil ialah betapa cekalnya Sarah dalam kesabaran menantikan keturunan, keyakinan kepada Allah dan pengorbanan dalam mengutamakan perintah Allah.

Wallahua’lam

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest
Inline Feedbacks
Lihat Komen Sebelum Ini