Perkhemahan Ummu Ma’bad disinggahi Nabi Muhammad

Izuan
ummu ma'bad

Kisah Rasulullah SAW yang singgah ke perkhemahan Ummu Ma’bad merupakan salah satu kejadian menarik yang terjadi ketika penghijrahan Baginda SAW ke Madinah.

Rasulullah singgah di perkhemahan Ummu Ma’bad

Di dalam perjalanan Baginda itu, Rasulullah telah melewati perkhemahan Ummu Ma’bad al-Khuza’iyah, beliau adalah seorang wanita tegas, duduk berehat di halaman khemahnya biasanya memberi jamuan dan minuman kepada sesiapa yang melewati khemahnya

Pada hari itu mereka berdua bertanyakan beliau, “Apakah ada sesuatu bersama puan?” Jawabnya, “Demi Allah, kalau ada sesuatu bersama kami, kamu tidak akan terbiar tanpa jamuan, kambing semuanya tak bersusu dan ini pula tahun kemarau”.

Rasulullah membelek ke arah kamping betina di tepi khemah dengan bersabda, “Apa kambing betina di tepi khemah itu wahai Ummu Ma’bad?”.

Jawab beliau, “Itu adalah kambing kawanku yang tertinggal kerana keletihan”

Tanya Baginda, “bersusukah?”

Jawabnya, “lanya terlalu teruk untuk memberi susu”.

Sabda Rasulullah, “Berikan izin untuk saya memerahnya,” Jawab Ummu Ma’bad: Ya, demi Allah, jika nampak boleh diperah, perah sajalah.

Rasulullah mengusap-usap uncang susu dengan tangan Baginda disertai dengan pembacaan Bismillah dan berdoa, uncang pun mengembang memenuhi susu terus mencurah susu, Baginda meminta bekas agak besar mencukupi beberapa orang, Baginda perah hingga berbuih pada permukaan bekas perahan itu.

Baginda memberi Ummu Ma’bad meminumnya hingga puas, lepas itu memberi kepada sahabatnya, mereka pun minum hingga puas, lepas itu Baginda minum, sekali lagi Baginda memerah hingga penuh bekas, lalu ditinggal kepada Ummu Ma’bad dan mereka semua meneruskan perjalanan.

Suami Ummu Ma’bad pulang

Tidak berapa lama kemudian suami Ummu Ma’bad pulang menghalau kambing-kambing kekurusan, kesemuanya berjalan terhuyung hayang, kerdil-kerdil belaka, tetapi bila beliau melihat susu di khemah beliau kehairan terus bertanya dari mana kesemua ini, kambing yang tertinggal itu belum beranak, dan yang tertinggal di khemah tadi tak ada yang bersusu pula?

Jawab Ummu Ma’bad: Tak tahulah, demi Allah sesungguhnya tadi telah berlalu dari sini seorang lelaki bertuah membawa berkat, di antara percakapannya begini-begini, perwatakannya begini-begini.

Kata suami Ummu Ma’bad: Sesungguhnya demi Allah, aku percaya inilah orang yang diburu oleh Quraisy, cuba kau terangkan lagi wahai Ummu Ma’bad, lalu beliau menceritakan sifat-sifat Baginda yang terpuji dengan bahasa beliau yang menarik, seorang yang mendengar itu bagaikan melihat Rasulullah berdiri di hadapannya,

Ummu Ma’bad pun melukiskan sifat Rasulullah yang dilihatnya, “Dia sungguh elok. Wajahnya berseri-seri. Bagus perawakannya, tidak gemuk, tidak kecil kepalanya, tampan rupawan. Bola matanya hitam legam, bulu matanya panjang.

Suaranya agak serak-serak, dan lehernya jenjang. Jenggotnya lebat, matanya jeli bagaikan bercelak. Alisnya panjang melengkung dengan kedua ujung yang bertemu, rambutnya hitam legam. Bila diam, dia tampak berwibawa, bila berbicara, dia tampak ramah. Amat bagus dan elok dilihat dari kejauhan, amat tampan dipandang dari dekat. Manis tutur katanya, tidak sedikit bicaranya, tidak pula berlebihan, ucapannya bak untaian marjan. Perawakannya sedang, tidak dipandang remeh karena pendek, tak pula enggan mata memandangnya karena terlalu tinggi. Dia bagai pertengahan antara dua dahan, dia yang paling tampan dan paling mulia dari ketiga temannya yang lain. Dia memiliki teman-teman yang mengelilinginya. Bila dia berbicara, mereka mendengarkan ucapannya baik-baik. Bila dia memerintahkan sesuatu, mereka dengan segera melayani dan menaati perintahnya. Dia tak pernah bermuka masam dan bicaranya tak sembarangan.”

Kata suami Ummu Ma’bad “Demi Allah itulah dia orang yang disebut-sebut halnya, aku amat berhasrat untuk bersahabat dengannya, pasti ku tunaikan hasrat ku ini bila terluang bagi ku nanti.”

Wallahua’lam

rujukan – bincangsyariah, republika.co

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest
Inline Feedbacks
Lihat Komen Sebelum Ini