Sepertimana manusia biasa, Rasulullah menangis apabila menghadapi sesuatu kesedihan. Menangis ialah respon yang terhasil terhadap sesuatu keadaan yang melibatkan emosi samada sedih atau terlalu gembira.
Tetapi, tangisan baginda tidak seperti kita. Sekarang anak muda menangis sebab melihat drama sedih di Netflix dan bilamana artis pujaan meninggal dunia. Tangisan baginda penuh dengan makna dan rasa.
Isi Kandungan
1. Rasulullah Menangis Kerana Allah
Abdullah bin Amru r.a menyatakan, “Pada suatu hari berlaku gerhana matahari pada zaman Rasulullah SAW. Baginda menunaikan salat sehingga hampir tidak meruku’. Kemudian baginda rukuk, hampir tidak mengangkat kepalanya kemudian mengangkat kepalanya hampir-hampir tidak sujud kemudian baginda sujur, hampir-hampir tidak bangun, baginda terisak-isak dan menangis sambil berdoa, ‘Wahai Tuhanku! tidakkah Engkau berjanji kepadaku untuk tidak menyiksa mereka, sedangkan aku bersama mereka. Wahai Tuhanku, bukankah Engkau berjanji untuk tidak menyiksa mereka yang memohon keampunan-Mu?’ Selesai salat, matahari terang kembali. Baginda bangun dan memuji Allah seraya bersabda : Sesungguhnya matahari dan bulan merupakan sebahagian dari tanda kebesaran Allah SWT. Keduanya tidak gerhana karena orang meninggal atau baru lahir. Jika matahari, bulan, gerhana, maka segeralah mengingati Allah.”
2. Rasulullah menangis Ketika Mendengar Al-Quran
Daripada Abdullah bin Mas’ud RA, berkata:
قَالَ لِي النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: “اقْرَأْ عَلَيَّ”، قُلْتُ: يَا رَسُولَ اللَّهِ، آقْرَأُ عَلَيْكَ، وَعَلَيْكَ أُنْزِلَ، قَالَ: «نَعَمْ» فَقَرَأْتُ سُورَةَ النِّسَاءِ حَتَّى أَتَيْتُ إِلَى هَذِهِ الآيَةِ: {فَكَيْفَ إِذَا جِئْنَا مِنْ كُلِّ أُمَّةٍ بِشَهِيدٍ، وَجِئْنَا بِكَ عَلَى هَؤُلاَءِ شَهِيدًا} [النساء: 41]، قَالَ: “حَسْبُكَ الآنَ” فَالْتَفَتُّ إِلَيْهِ، فَإِذَا عَيْنَاهُ تَذْرِفَانِ
Maksudnya: “Telah berkata kepadaku Rasulullah SAW: “Bacalah (al-Quran) kepadaku”. Aku berkata: Aku baca kepadamu sedangkan al-Quran itu diturunkan kepada engkau?. Rasulullah SAW bersabda lagi: “Sesungguhnya aku suka untuk mendengarnya daripada orang lain”. Maka aku pun membaca surah al-Nisa’ sehingga aku sampai pada ayat “Maka bagaimanakah (keadaan orang-orang kafir pada hari akhirat kelak), apabila Kami datangkan daripada tiap-tiap umat seorang saksi (iaitu Rasul mereka sendiri untuk menjadi saksi terhadap perbuatan mereka) dan Kami juga datangkan kamu (wahai Muhammad) sebagai saksi terhadap umatmu ini?”. Rasulullah SAW bersabda: “cukup” dan aku berpaling kepada Rasulullah SAW lalu aku melihat mata Rasulullah sedang berair (menangis)”. [Riwayat al-Bukhari (5050)]
Merujuk kepada hadith di dalam al-Bukhari ini jelas menunjukkan bahawa Nabi SAW menangis apabila mendengar bacaan Abdullah bin Mas’ud yang merupakan salah seorang sahabat yang besar dan banyak sumbangan kepada al-Quran.
3. Rasulullah Menangis Ketika Kehilangan Orang-orang Yang Tersayang
Anak Perempuan Nabi Muhammad ﷺ, Ummu Kultsum jatuh sakit. Dia merasakan kematiannya telah dekat dan ia tetap berada di tempat tidurnya. Ummu Kultsum tak pernah berhenti berzikir. Hingga pada pagi hari, Aisyah datang menemuinya. Dia mendapati Ummu Kultsum tengah berjuang di akhir hayatnya. Kabar itu pun disampaikan pada Rasulullah ﷺ dan Utsman bin Affan.
Saat nabi ﷺ tiba, putrinya itu berada pada saat-saat terakhirnya. Air mata beliau ﷺ menetes dari matanya. Ketika itu, Ummu Kultsum wafat.
Asma binti Umais, Shafiyah binti Abdul Muthalib, Ummu Atiyah Al Anshari dan Rasulullah ﷺ memandikan jasad Ummu Kultsum. Kemudian jasad Ummu Kultsum dibawa ke Perkuburan Baqi dan dimakamkan di sana.
Beliau ﷺ ridha dengan takdir Allah SWT. Beliau berduka dengan kehilangan putrinya. Namun beliau ﷺ sabar. Peristiwanya itu terjadi pada Syaban tahun kesembilan Hijriyah.
Nabi ﷺ juga menangis ketika mengunjungi makam ibunya. Sampai-sampai orang-orang di sekitarnya pun ikut menangis. Beliau ﷺ juga menangis ketika putranya yakni Ibrahim meninggal.
Antara kebaikan menangis:
1) Kesedihan dan kedukaan yang di alami dapat diredakan. Tangisan akan merangsang daya parasympathetic yang membantu seseorang individu untuk bertenang.
2) Anda akan berasa mudah tidur. Ada yang terlena dengan air mata yang masih bergenang. Jika anda mempunyai bayi, cuba perhatikan perkara ini, selepas menangis, bayi biasanya akan tertidur.
3) Hormon oxytocin dan endorphins akan dirembeskan. Hormon ini membantu untuk melegakan kesakitan fizikal dan emosi. Hormon ini juga berfungsi untuk mewujudkan kegembiraan dan keseronokan.
4) Toksin dan bahan kimia yang menyebabkan stress akan di keluarkan menerusi air mata. Pengkaji percaya, menangis dapat mengurangkan toksin di dalam tubuh badan.
Wallahua’lam
rujukan – republika.co