Adakah korang tahu yang doa pakai baju pun turut diajarkan dalam agama Islam. Berikut merupakan beberapa doa yang diambil dari kitab Al-Adzkar Imam Nawawi.
Doa Pakai Baju Rumi
Allahumma inni as aluka min khairihi wa khairi ma huwa lah, wa a’uuzubika min syarrihi wa syarri ma huwa lah
Adab memakai baju ialah memulakan dengan bismillah dan mengutamakan bahagian kanan. Setelah itu hendaklah sentiasa pakai pakaian yang bersih dan kemas.
Doa ini juga boleh diamalkan jika ketika kita mengenakan pakaian baru.
Hikmah dalam lafaz doa memakai pakaian :
Lihatlah bahawa Nabi mendahulukan dengan nama Allah, sebagai isyarat bahawa setiap ni`mat itu adalah disebabkan kurniaan Tuhan. Justeru, setiap hamba yang mendapat ni`mat daripada Tuhan, hendaklah memuji Tuhan dengan ucapan (الْحَمْدُ لِلَّهِ) al-hamdulillah, pujian bagi Allah, atau (اللَّهُمَّ لَكَ الْحَمْدُ) Allahumma laka l-hamd, Ya Allah bagi-Mu pujian.
Nabi meneruskan dengan memohon kebaikan daripada pakaian itu, dan kebaikan yang diciptakan untuk pakaian itu. Contoh kebaikan daripada pakaian ialah faedah pakaian tersebut sama ada melindungi daripada panas, menjadikan penampilan diri lebih menarik, dan mengurangkan bahagian yang terdedah kepada serangga. Contoh kebaikan yang diciptakan untuk pakaian ialah seperti pelajar yang memakai pakaian yang kemas akan dipuji, atau lulus temuduga kerana pakaian yang segak, atau mendapat kawan baru kerana penampilan yang menarik disebabkan pakaian.
Seterusnya, Nabi memohon perlindungan dengan Tuhan daripada kejahatan atau keburukan pakaian itu. Apabila seseorang berlindung, dia hendaklah berlindung dengan Tuhan, kerana Tuhan sahajalah yang dapat melindungi. Tidak boleh seseorang berlindung dengan azimat, atau tangkal, atau isim, atau rajah, atau wafaq, atau apa-apa selain daripada Tuhan.
Doa Melihat Teman Berpakaian Baru
أبْلِى وَأَخْلِقي
“Pakailah sampai lusuh dan usang“
Suatu hari Rasulullah datang menemui para sahabat beliau membawa beberapa pakaian titik diantara pakaian-pakaian itu ada sebuah pakaian dengan garis-garis hitam.
Rasulullah bertanya, “Menurut kalian siapa yang pantas memakai pakaian ini? Para sahabat diam. Rasulullah kemudian bersabda, “Panggilah dan bawa kemari Ummu Khalid.”
Ummu Khalid yang menceritakan kisah ini berkata, “Rasulullah memberikan baju itu kepadaku dan memakaikannya kepadaku dengan tangannya sendiri. Rasulullah berkata, ‘Pakailah sampai baju ini lusuh.”
Rasulullah mengatakan hal itu sebanyak dua kali dan melihat garis kuning dan merah yang terdapat di baju dan bersabda. “Ini bagus, wahai Ummu Khalid, ini bagus.” Sambil menunjuk garis di baju.”
Doa yang diucapkan Rasulullah membawa pengaruh baik bagi kehidupan Ummu Khalid. Dan itu diucapkan Rasulullah ketika beliau menghadiahi sebuah baju. “Pakailah sampai tua dan lusuh!”
Menurut Ibnu Hajar dalam kitab Fath al-Bari, makna hadits tersebut adalah Ummu Khalid akan berumur panjang sampai baju yang dihadiahkan Rasulullah menjadi tua dan lusuh.
Allah SWT mengabulkan doa Rasulullah tersebut tidak ada seorang perempuan pun dari kalangan sahabat yang umurnya sepanjang umur Ummu Khalid. Imam Adz-Dzahabi menyebutkan dalam kitab Siyar, dia hidup sampai tahun 90 Hijriyah.
Tapi yang paling penting, jangan lupa bahawa sebaik-baik pakaian ialah takwa.
Allah Ta’ala berfirman,
يَا بَنِي آَدَمَ قَدْ أَنْزَلْنَا عَلَيْكُمْ لِبَاسًا يُوَارِي سَوْآَتِكُمْ وَرِيشًا وَلِبَاسُ التَّقْوَى ذَلِكَ خَيْرٌ
“Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutup auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian takwa itulah yang paling baik.” (QS. Al-A’raf: 26).
Wallahua’alam
[…] Doa Pakai Baju dan Doa Menanggalkan Pakaian […]