Pelaburan Saham di Bursa Malaysia: Panduan Lengkap untuk Pemula (2025)

Panduan lengkap labur saham, tips, modal, cara mudah

Ingin menjana pendapatan pasif melalui pelaburan saham di Bursa Malaysia tetapi tidak tahu bagaimana untuk bermula? Artikel ini membimbing anda langkah demi langkah – daripada membuka akaun CDS sehinggalah membuat keputusan pelaburan yang bijak. Panduan ini sesuai untuk pemula yang mahu melabur saham patuh syariah dan faham risiko yang terlibat.

Apa Itu Pelaburan Saham?

Pelaburan saham bermaksud membeli sebahagian daripada pemilikan sesebuah syarikat yang disenaraikan di Bursa Malaysia. Sebagai pelabur, anda berpeluang memperoleh dividen dan keuntungan modal (capital gain) apabila harga saham meningkat.

Di Malaysia, terdapat pelbagai instrumen pelaburan sah dan patuh syariah yang boleh dipilih bergantung kepada objektif kewangan dan tahap risiko seseorang pelabur. Antara instrumen pelaburan popular termasuk:

Di Malaysia, terdapat pelbagai instrumen pelaburan sah dan patuh syariah yang boleh dipilih, antaranya:

  • Tabung Haji
  • Amanah Saham Bumiputera (ASB)
  • Unit Trust (Dana Amanah)
  • Pelaburan Saham di Bursa Malaysia
  • Initial Public Offering (IPO)
  • Future Crude Palm Oil (FCPO)
  • Sukuk (Bon Patuh Syariah)
  • Pelaburan hartanah dan REIT

Setiap instrumen ini mempunyai kebaikan dan kelemahan tersendiri. Justeru, pelabur harus memahami setiap pilihan sebelum membuat keputusan.

Ramai keliru antara saham dan skim lain. Pelaburan saham BUKAN:

🚫 Forex Trading
🚫 Amanah Saham Bumiputera (ASB)
🚫 Unit Trust
🚫 Multi-Level Marketing (MLM)
🚫 Kripto (mata wang digital)
🚫 Skim cepat kaya atau scam jamin untung

Melabur Saham di Bursa Malaysia Hukumnya Halal atau Haram?

Hukum melabur saham ni harus sebab saham ni komoditi.

Jenis-jenis saham yang tidak patuh syariah adalah tidak sah dan tidak halal untuk dijual beli atau dimiliki untuk diurusniagakan (‘sin stock’). Contoh paling senang saham syarikat judi (Magnum Berhad).

Bagi pelabur Muslim, SC menyediakan senarai saham patuh syariah yang dikemas kini setiap Mei dan November. Anda boleh rujuk laman www.sc.com.my untuk maklumat terkini.

Kita boleh tahu saham syarikat mana yang patuh syariah dengan mudah dalam “trading platform” sebab ada tanda bulat kecil di hujung nama setiap saham yang tersenarai.

Kenapa Melabur di Bursa Malaysia?

  • ✅ Diurus oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) – selamat dan dikawal selia
  • ✅ Terdapat lebih 900 syarikat tersenarai
  • ✅ Pilihan saham patuh syariah untuk Muslim
  • ✅ Platform dagangan seperti Bursa Anywhere dan Rakuten Trade memudahkan pelaburan online

Ramai yang teruja nak melabur dalam saham global seperti:

  • Nasdaq
  • S&P 500
  • Dow Jones

Tapi hakikatnya, pasaran tempatan di Bursa Malaysia belum betul-betul dikuasai. Malaysia ada banyak saham patuh syariah, syarikat stabil dan dividen menarik.

Jadi, sebelum terjun ke pasaran global, kuasai dulu asas di negara sendiri.

10 Langkah Mudah Untuk Mula Labur Saham

1. Langkah-Langkah Buka Akaun CDS

Anda boleh membuka akaun melalui broker di bawah, tekan sahaja link untuk maklumat lanjut.

NoBrokerKelebihan UtamaJenis Akaun CDS
1Rakuten TradeDaftar 100% online, kos rendah, mesra pemulaCDS Individu
2Maybank Investment BankAplikasi Maybank2u yang mantap, pelbagai analisisCDS Individu & Nominee
3CIMB Investment BankAkses ke pasaran luar negara, integrasi CIMB ClicksCDS Individu & Nominee
4RHB Investment BankPlatform RHB TradeSmart mesra penggunaCDS Individu & Nominee
5Kenanga Investment Bank (Kentrade)Platform stabil, sesuai pelabur aktifCDS Individu
6Affin Hwang Investment BankKhidmat nasihat pelaburan, analisis mendalamCDS Individu
7Hong Leong Investment BankAntara brokerage fee terendah untuk pelabur aktifCDS Individu
8UOB Kay HianBroker antarabangsa, laporan pasaran berkualitiCDS Individu & Nominee
9AmInvestment BankPlatform AmEquities lengkap dengan analisisCDS Individu
10Malacca Securities (M+ Online)Caj kompetitif, mesra pelabur jangka pendekCDS Individu

💡Nota Penting:

  • Broker CDS Individu: Pelabur pegang sendiri saham (lebih bebas)
  • Broker CDS Nominee: Saham atas nama broker, tetapi mudah dari segi urus niaga (cukai dividen ditolak awal)

Apabila dah buka akaun CDS, anda akan terima eStatement iaitu sama seperti penyata bank tetapi untuk pembelian dan penjualan saham. Penyata ini akan dihantar ke emel yang didaftarkan dengan akaun CDS anda. Emel akan dihantar sebanyak 2 kali setahun iaitu pada bulan Jun dan Disember.

Bila sudah buka akaun dan tiba-tiba tak suka dengan broker tu, tak perlu tukar baru sebab kita boleh buka akaun dengan banyak broker.

Boleh ke nak pindahkan saham kita dekat orang lain? Ya boleh. Bursa Malaysia Depository hanya membenarkan pemindahan antara pihak ahli keluarga terdekat. Berikut adalah hubungan yang dibenarkan:

  • Ibu bapa
  • Anak/Anak angkat
  • Pasangan sah
  • Abang/Adik lelaki
  • Kakak/Adik perempuan
  • Datuk & Nenek
  • Cucu

Biasanya akaun CDS akan dibuka secara serentak dengan akaun dagangan (trading) di bank pelaburan atau broker saham yang kita pilih tadi.

Pelaburan saham di Bursa Malaysia mudah diuruskan kerana transaksi dibuat secara online menggunakan akaun dagangan (trading platform). Username & password akaun ini akan diberikan (diemel) oleh Bank Pelaburan / Syarikat Broker selepas anda membuka akaun CDS.

2. Remisier / Dealer

Remisier ialah individu berlesen yang bertindak sebagai ejen atau wakil kepada syarikat broker saham (Participating Organisation) untuk membantu pelanggan membeli dan menjual saham di Bursa Malaysia. Mereka juga dikenali sebagai dealer’s representative.

TugasPenjelasan
📈 Menyediakan khidmat jual beli sahamMenjalankan urus niaga untuk klien melalui platform syarikat broker
💬 Memberi nasihat pelaburanMembantu klien memilih saham berdasarkan analisis pasaran
🧠 Memberi maklumat pasaranMenghantar info terkini, cadangan saham, dan update tentang ekonomi/syarikat
🗂️ Mengurus portfolio klienMembantu pelabur mengurus dan mempelbagaikan pelaburan
📊 Menganalisis sahamMenggunakan kaedah teknikal dan fundamental untuk mencadangkan saham sesuai

3. Aplikasi Saham

Jika tak faham cara beli dan jual saham menggunakan akaun dagangan (Trading Platform), anda juga boleh bertanya kepada remisier tadi. Trading platform sekarang majoriti sudah ada dalam bentuk apps. Guna apps dari smartphone saja sekarang, sangat mudah.

📱 Top 10 Aplikasi Saham Terbaik di Malaysia (2025)

NoAplikasiKegunaan UtamaKelebihanDownload
1Rakuten TradePelaburan saham MalaysiaPendaftaran online, kos rendah, mesra pemulaiOS
android
2M+ Online (Malacca Securities)Saham Bursa MalaysiaCaj kompetitif, platform stabiliOS
Android
3Maybank TradeSaham & IPOIntegrasi dengan Maybank2u, laporan analisisiOS
Android
4MoomooSaham tempatan & globalBoleh akses pasaran luar negaraiOS
Android
5RHB TradeSmartPelaburan Bursa MalaysiaAplikasi mudah guna, support baikiOS
Android
6HLeBroking (Hong Leong)Saham & derivatifKos rendah untuk trader aktifiOS
Android
7Affin Hwang eInvestPelaburan & analisisSesuai untuk pelabur jangka panjangiOS
Android
8Bursa Marketplace / Bursa AcademyBelajar dan simulasiInfo pasaran dan latihan untuk pemulaiOS
Android
9TradingViewAnalisis teknikal globalCarta profesional, mesra pelabur teknikaliOS
Android
10KLSE ScreenerPantau saham MalaysiaNotifikasi dividen, fundamental, alert percumaiOS
Android

💡 Tip Memilih Aplikasi Saham:

  • Pastikan broker berlesen oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia
  • ✅ Pilih platform yang menyediakan CDS individu jika anda nak pegang saham sendiri
  • ✅ Pilih aplikasi yang mudah digunakan dan boleh akses melalui telefon pintar
  • ✅ Periksa kos transaksi dan yuran akaun sebelum mula melabur

4. Deposit Modal

Depositkan wang / duit modal anda ke dalam akaun dagangan (Trading Platform).

Ini kami nak pesan, jangan berhutang atau buat pinjaman jika nak mula melabur saham. Gunakan duit lebihan saja. Duit yang kita sanggup burn 100%.

Nak mudah transfer duit guna online banking. Tutorial cara-cara membuat pindahan wang ini biasanya disediakan oleh Bank Pelaburan / Syarikat Broker.

5. Cara Buat Untung Dalam Pelaburan Saham di Malaysia

Ini bukan macam skim cepat kaya tunggu duit masuk bulan-bulan. Konsep asas buat untung adalah beli saham masa harga rendah dan jual semula pada harga lebih tinggi.

Ramai tertanya-tanya, “Macam mana sebenarnya nak buat duit dengan saham?” Jawapannya: ada dua cara utama untuk menjana keuntungan dalam pelaburan saham.

a. Keuntungan Modal (Capital Gain) 📈

Ini berlaku apabila harga saham yang anda beli naik, dan anda jual pada harga yang lebih tinggi daripada harga beli.

Contoh:

  • Anda beli saham Syarikat ABC pada harga RM1.00
  • Beberapa minggu kemudian, harga naik ke RM1.50
  • Anda jual dan dapat untung RM0.50 sesaham

Tip:

  • Gunakan analisis teknikal & fundamental untuk cari saham berpotensi naik
  • Sentiasa pantau berita syarikat dan ekonomi semasa

b. Dividen 💸

Dividen ialah bayaran keuntungan syarikat kepada pemegang saham, biasanya dibayar setiap suku tahun atau setahun sekali.

Contoh:

  • Anda pegang 1,000 unit saham syarikat XYZ
  • Syarikat umumkan dividen RM0.05 sesaham
  • Anda dapat RM50 tanpa jual saham

Tip:

  • Cari saham dividen stabil (seperti syarikat utiliti, perbankan)
  • Semak rekod pembayaran dividen (Dividend Yield)

💼 Strategi Popular Untuk Profit:

StrategiFokusJangka Masa
🔁 Buy & HoldBeli dan simpan saham bagus jangka panjangBertahun
Swing TradingBeli ketika rendah, jual bila naikBeberapa minggu
📊 Dividen InvestingKumpul saham yang beri dividen tinggiKonsisten
🔍 Value InvestingCari saham undervalued, jual bila nilai pulihSederhana panjang

6. Fee Saham? Ketahui Caj Jual Beli Saham di Bursa Malaysia

Setiap kali anda membeli atau menjual saham di Bursa Malaysia, akan ada beberapa caj transaksi yang dikenakan. Caj ini dikira secara automatik oleh broker dan ditolak daripada nilai transaksi anda.

📋 Komponen Fee Jual Beli Saham

Berikut adalah pecahan fee utama:

KomponenKeteranganKadar
🧾 Brokerage FeeCaj dikenakan oleh broker untuk setiap transaksi0.1% – 0.6% atau minimum RM8–RM12
💼 Clearing FeeDibayar kepada Bursa Malaysia untuk proses penyelesaian (clearing)0.03% (had maksimum RM1,000 per transaksi)
🏛️ Stamp DutyCukai kerajaan dikenakan atas dokumen transaksi saham0.1% (maksimum RM200 per kontrak)

💡 Contoh Pengiraan Fee Saham

Anda beli saham bernilai RM10,000.

Jenis FeeKiraanJumlah
Brokerage Fee (0.1%)RM10,000 x 0.1%RM10.00
Clearing Fee (0.03%)RM10,000 x 0.03%RM3.00
Stamp Duty (0.1%)RM10,000 x 0.1%RM10.00
Jumlah FeeRM23.00

⚠️ Jumlah ini boleh berbeza bergantung pada broker anda.

✅ Tip Jimat Fee Saham:

  • Gunakan broker yang menawarkan kadar tetap atau rendah seperti Rakuten Trade.
  • Elakkan transaksi terlalu kecil (contoh: RM100 – RM200) kerana fee tetap akan menjejaskan keuntungan.
  • Semak promosi fee khas dari broker untuk pelabur baharu.

7. Nak Beli Saham, Perlu Tahu Analisis

analisis teknikal vs analisis fundamental

Analisis Fundamental dan Teknikal dalam Saham:

  • Analisis Fundamental: Menilai nilai sebenar saham dengan mengkaji laporan kewangan, nisbah kewangan, dan keadaan ekonomi. Ia membantu pelabur membuat keputusan jangka panjang berdasarkan prestasi syarikat dan industri.
  • Analisis Teknikal: Menggunakan corak harga, volum perdagangan, dan indikator matematik untuk meramalkan pergerakan harga saham. Ia lebih sesuai untuk pelaburan jangka pendek dan pedagang yang ingin mengesan tren pasaran.

Perbezaan Utama:

Fundamental lebih untuk pelaburan jangka panjang, teknikal sesuai untuk perdagangan jangka pendek.

Analisis fundamental fokus pada nilai sebenar syarikat, manakala teknikal fokus pada pergerakan harga dan corak pasaran.

8. Strategi Pelaburan Saham Terbaik?

  • Pelaburan Jangka Panjang (Buy and Hold): Sesuai untuk pelabur yang mencari kestabilan dan potensi pertumbuhan dalam jangka masa panjang.
  • Pelaburan Nilai (Value Investing): Pilihan baik untuk mereka yang ingin membeli saham dengan harga lebih rendah daripada nilai sebenar dan menunggu pasaran mengenali nilai saham tersebut.
  • Pelaburan Pertumbuhan (Growth Investing): Sesuai untuk pelabur yang mencari syarikat yang sedang berkembang pesat dan bersedia menanggung risiko lebih tinggi untuk potensi pulangan besar.
  • Pelaburan Dividen (Dividend Investing): Ideal untuk pelabur yang mahu memperoleh pendapatan pasif melalui dividen tetap dari syarikat yang stabil.
  • Swing Trading: Cocok untuk pelabur yang ingin mengambil kesempatan daripada pergerakan harga saham dalam jangka pendek.
  • Day Trading: Sesuai untuk pedagang aktif yang ingin menjana keuntungan dalam satu hari perdagangan dengan mengambil peluang pergerakan harga yang cepat.

Dengan memilih strategi yang sesuai, anda boleh menyesuaikan pelaburan saham anda dengan objektif kewangan dan toleransi risiko anda.

9. Jenis-jenis Saham

pelbagai jenis saham, penny stock, dividen
  1. Saham Biasa (Common Stock)
    • Pemilik mendapat hak mengundi dalam mesyuarat pemegang saham. Berpotensi mendapat dividen (tidak semestinya tetap). Keuntungan utama datang dari kenaikan harga saham.
  2. Saham Keutamaan (Preferred Stock)
    • Keutamaan menerima dividen, tiada hak mengundi biasanya tetapi dividen biasanya tetap dan lebih stabil.
  3. Penny stock
    • Merujuk kepada saham berharga rendah, biasanya di bawah RM1 (atau di bawah $5 di pasaran AS), dan mewakili syarikat kecil yang kurang dikenali atau baru berkembang.
  4. Saham Blue Chip
    • Saham syarikat besar, kukuh dan mapan. Rekod prestasi cemerlang, pembayaran dividen konsisten. Contoh: Nestlé, Apple, Maybank.
  5. Saham Pendapatan (Income Stocks)
    • Fokus kepada dividen tetap dan tinggi. Sesuai untuk pelabur yang mahukan pendapatan pasif.
  6. Saham Pertumbuhan (Growth Stocks)
    • Syarikat yang sedang berkembang pesat. Jarang beri dividen kerana keuntungan dilabur semula. Fokus utama adalah kenaikan harga saham.
  7. Saham Nilai (Value Stocks)
    • Saham syarikat yang dijual di bawah nilai sebenar (undervalued). Berpotensi naik bila pasaran menyedari nilainya.
  8. Saham Kecil (Small Cap)
    • Syarikat kecil dengan potensi pertumbuhan besar. Lebih berisiko tetapi berpotensi memberi pulangan tinggi.
  9. Saham Syarikat Islamik (Sukuk & Saham Patuh Syariah)
    • Mematuhi prinsip syariah. Tidak terlibat dalam perniagaan riba, arak, judi, dll. Disaring oleh institusi seperti SC (Suruhanjaya Sekuriti Malaysia).

10. Siapa Boleh Terlibat Dalam Pelaburan Saham?

Semua orang yang sanggup belajar boleh terlibat, tak kira tua muda, suri rumah, kerja makan gaji atau bisnes sendiri. Syarat untuk buka akaun saham (CDS) adalah 18 tahun ke atas dan tidak muflis.

“Eh, nak join melabur saham ni kena ada background accounting atau finance ke?”

Jawapannya tak perlu. Tetapi perlu ada background rajin dan tak malas.

Soalan Lazim (FAQ)

Berapa modal minima untuk mula melabur saham?

Anda boleh mula dengan serendah RM100 di platform seperti Rakuten Trade.

Adakah pelaburan saham sesuai untuk jangka panjang?

Ya, jika anda memilih syarikat berkualiti dan melabur secara konsisten.

Apa beza pelabur dan pedagang saham?

Pelabur fokus kepada keuntungan jangka panjang, pedagang pula mencari peluang jangka pendek.

🔗 Rujukan dan Bacaan Lanjut

Kesimpulan

Pelaburan saham di Bursa Malaysia adalah salah satu cara terbaik untuk menjana kekayaan jangka panjang jika dilakukan dengan ilmu dan disiplin. Mulakan langkah anda hari ini dengan membuka akaun CDS dan pelajari asas pelaburan. Jangan lupa buat kajian dan sentiasa pantau pelaburan anda!

Similar Posts

Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments