7 Perkara Romantis Rasulullah Bersama Isterinya

Izuan
romantis rasulullah

Kemesraan pasangan adalah penting untuk mengekalkan keharmonian rumahtangga dan Rasulullah s.a.w. telah mencontohkan kemesraan tersebut dengan isteri-isteri baginda.

1. Baginda Rasulullah mandi bersama isteri

Aisyah pernah menceritakan bahawa: Aku pernah mandi bersama Rasulullah dari satu bekas Dan Baginda mendahuluiku (mengambil air dari bekas tersebut), sehingga aku katakan: Sisakanlah untukku, sisakan untukku. Sedang keduanya dalam keadaan junub. – [HR Muslim 485].

Hadis ini menunjukkan bagaimana romantiknya Baginda Rasulullah bersama Isteri dalam keadaan mandi bersama.

2. Baginda mendukung isterinya

Baginda Rasulullah juga seorang yang kuat dan gagah sehingga mampu bermanja dengan isterinya dengan mendukung mereka.

Diriwayatkan dari Aisyah: Ketika saat Hari Raya, biasanya ada dua budak Sudan yang memperlihatkan kebolehannya mempermainkan tombak dan perisai.

Maka ada kalanya aku sendiri yang meminta kepada Baginda Nabi, atau Baginda sendiri yang menawarkan kepadaku: “Apakah kamu mahu melihatnya?” Maka aku jawab: “Ya, mahu.” Maka baginda mendukung aku di belakangnya, sementara pipiku bertemu dengan pipinya sambil Baginda berkata: “Teruskan hai Bani Arfadah!” Demikianlah seterusnya sampai aku berasa bosan lalu Baginda berkata: “Apakah kamu merasa sudah cukup?” Aku menjawab: “Ya, sudah.” Lalu Baginda berkata: “Kalau begitu pergilah.” – [HR Bukhari 897].

Romantik… Sikap suami yang memanjakan isteri sangat disenangi.

3. Rasulullah menyantuni isteri dengan baik apabila disapa

Dari Shafiyyah binti Huyay berkata; Ketika Rasulullah sedang melaksanakan itikaf aku datang menemui beliau di malam hari, lalu aku berbincang-bincang sejenak dengan beliau, kemudian aku berdiri hendak pulang, beliau juga ikut berdiri bersama aku untuk mengantar aku. – [HR Bukhari 3039].

Begitu romantiknya nabi tidak memarahi isterinya yang ingin berbual-bual dengan Baginda Rasulullah walaupun Baginda di masjid sedang melakukan ibadah kepada Allah.

4. Memanggil isteri dengan panggilan manja

Baginda juga memanggil isterinya dengan panggilan manja. Antaranya Baginda memanggil Aisyah dengan ‘Aisy. Sabda Baginda Rasulullah: “Wahai ‘Aisy (sebutan untuk Aisyah), ini adalah Jibril, ia menitipkan salam untukmu.” Lalu aku menjawab: “Wa’alaihissalam warahmatullah.” – [HR Bukhari 5733].

Lembutnya jiwa Baginda Rasulullah yang sentiasa mengasihani ahli keluarga Baginda Rasulullah, khususnya para isteri Baginda.

5. Makan dan minum daripada pinggan serta gelas yang sama

Dari Aisyah berkata: “Tatkala saya haid, saya minum. Kemudian saya memberikannya kepada Nabi dan beliau meletakkan mulutnya di atas tempat bekas mulutku. Tatkala saya haid, saya memakan daging yang masih melekat di tulangnya, lalu saya memberikannya kepada Nabi dan Baginda pun meletakkan mulutnya di atas tempat bekas mulutku.” – [HR Ahmad 24416].

Kasihnya Baginda bukan hanya dari percakapan tetapi sehinggakan perbuatan Baginda Rasulullah yang menunjukkan Baginda seorang yang sangat manja.

6. Meletakkan kepala di pangkuan isteri

Ada kalanya romantiknya Nabi sehinggakan Baginda sengaja bermanja dengan menyandarkan kepalanya ke pangkuan isterinya seperti mana yang dipertuturkan Aisyah dalam Sahih Bukhari yang bermaksud: Nabi membaca al-Quran (mengulang hafalan) dan kepalanya berada di pangkuanku sedangkan aku dalam keadaan haid. – [HR Bukhari 6994].

Bukan itu sahaja, Bahkan romantiknya Baginda sehingga detik-detik akhir hayat terakhir Baginda Rasulullah. Aisyah berkata yang bermaksud: Ketika maut menghampiri Rasulullah, kepala Baginda berada di atas dadaku. – [HR Bukhari 1300].

7. Tidur dalam satu selimut bersama isteri

Dari Atha’ bin Yasar: “Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. dan Aisyah r.a. biasa mandi bersama dalam satu bejana. Ketika baginda sedang berada dalam satu selimut dengan Aisyah, tiba-tiba Aisyah bangkit. Baginda kemudian bertanya, “Mengapa engkau bangkit?” Jawab Aisyah, “kerana saya haid, wahai Rasulullah.” Sabda Rasulullah, “Kalau begitu, pergilah, lalu berkainlah dan dekatlah kembali padaku.” Aku pun masuk, lalu berselimut bersama beliau.” (Hadis Riwayat Sa’id bin Manshur)

Kesimpulan

Sebagai rumusan dan pengajaran, seseorang suami perlu berusaha mendalami ilmu agama untuk menjadi ketua keluarga dihormati bagi menjalani bahtera kehidupan bersama isteri dan keluarga.

Isteri juga perlu berusaha menambahkan ilmu supaya setiap konflik rumah tangga dapat diselesaikan dengan aman dan sentosa.

Jelaslah bersikap romantik adalah sunnah Nabi. Memang, siapalah kita berbanding Rasulullah yang jauh lebih mulia dari segala manusia.

Cuma harapannya pasangan suami isteri tidak malu-malu untuk mengamalkannya. Suasana romantik bukan saja dapat memupuk ikatan cinta dan kasih sayang yang lebih intim di antara suami isteri, malah memberikan ketenangan dan belaian jiwa sepanjang usia perkahwinan.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest
Inline Feedbacks
Lihat Komen Sebelum Ini