Malaikat ialah makhluk Allah yang diciptakan daripada cahaya lagi mulia dan terpelihara daripada maksiat. Mereka tiada jantina, tidak beribu/bapa, mempunyai sayap dan mampu menjelmakan diri dalam bentuk manusia.
Mempercayai malaikat termasuk dalam rukun iman kedua. Jumlah bilangan malaikat tidak terkira banyaknya seperti hadis nabi,
Daripada Abu Dzar al-Ghifari, bahawa Nabi SAW bersabda:
إِنِّي أَرَى مَا لَا تَرَوْنَ، وَأَسْمَعُ مَا لَا تَسْمَعُونَ أَطَّتِ السَّمَاءُ، وَحُقَّ لَهَا أَنْ تَئِطَّ مَا فِيهَا مَوْضِعُ أَرْبَعِ أَصَابِعَ إِلَّا وَمَلَكٌ وَاضِعٌ جَبْهَتَهُ سَاجِدًا لِلَّهِ
Maksudnya: “Sesungguhnya aku melihat apa yang tidak kalian lihat, aku mendengar sesuatu yang tidak kalian dengar. Langit merintih dan layak baginya untuk merintih. Tidak ada satu ruang selebar 4 jari, kecuali di sana ada malaikat yang sedang meletakkan dahinya, bersujud kepada Allah.”[1]
Namun, ada 10 nama malaikat yang penting kita perlu ingat bersama dengan tugas mereka.
- Malaikat Jibril tugasnya menyampaikan wahyu ilahi kepada para rasul dan nabi
 - Malaikat Mikail tugasnya menyampaikan rezeki kepada makhluk Allah
 - Malaikat Ridhwan tugasnya menjaga pintu syurga
 - Malaikat Malik tugasnya menjaga pintu neraka
 - Malaikat Munkar tugasnya menyoal mereka di alam kubur
 - Malaikat Nakir tugasnya menyoal mereka di alam kubur
 - Malaikat Raqib tugasnya mencatat amalan baik
 - Malaikat Atid tugasnya mencatat amalan jahat
 - Malaikat Izrail tugasnya mencabut nyawa, dikenali juga sebagai malaikat maut
 - Malaikat Israfil meniup sangkakala(semboyan) sesuai dengan perintah tuhan.
 
Cara Hafal Nama Malaikat
Ada sebuah lagu dendangan kumpulan nasyid Raihan.
Wallahua’lam
